Niat baik wanita cuba menyelamatkan warga emas yang pengsan di dalam sebuah lif sebaliknya menerima kecaman warganet selepas meletakkan bayinya di atas lantai.
Lapor People's Daily China seperti dipetik Sinar Harian, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang tular di Weibo itu menunjukkan Sun Tian yang sedang mengendong bayinya terkejut apabila melihat warga emas itu terbaring di lantai lif di tingkat rumahnya.
Kredit foto: People's Daily China
Panik dengan situasi itu, wanita berkenaan terus meletak bayinya di atas lantai sebelum melakukan bantuan pernafasan (CPR) terhadap mangsa yang dipercayai mengalami serangan jantung.
Berdepan kritikan warga maya, Sun Tian bagaimanapun menegaskan tidak peduli dengan komen negatif dilemparkan terhadapnya kerana dia hanya berniat membantu warga emas terbabit.
Difahamkan, sebelum cuba memberi bantuan, wanita itu menghubungi talian kecemasan, namun tidak menerima sebarang respons.
Pun begitu, segelintir warganet mengucapkan terima kasih atas tindakan pantas Sun Tian dan berharap keadaan warga emas itu baik-baik saja. - CARI |