Kredit foto : Gempak
Pelakon Zain Saidin yang kini aktif berniaga kambing bakar 'mmmbaek' memberitahu yang dia pernah mengalami masalah kolesterol tinggi kerana tidak menjaga pemakanan.
Zain berkata, perkara itu terjadi ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana dia banyak menghabiskan masa di rumah dan makan makanan disediakan Che Ta yang sememangnya pandai memasak.
"Ketika PKP itu saya memang duduk di rumah saja kerana seronok ada banyak masa bersama keluarga. Ditambah Che Ta pun sama, dia tak boleh melakukan penggambaran drama.
"Jadi, setiap harilah dia memasak untuk kami sekeluarga. Malah, semua masakannya pula sangat sedap dan saya pun tak kawal makan sehingga mengalami kolesterol tinggi," katanya memetik Harian Metro.
Kredit foto : Instagram Che Ta, Zain
Zain yang turut memiliki sejarah keluarga yang mempunyai kolesterol tinggi memberitahu bacaan kolesterolnya melebihi paras tujuh itu dikesan ketika dia dimasukkan ke hospital pada Jun lepas akibat 'thinning disc' dan sejak itu dia mula menjaga pemakanan hariannya.
Kredit foto : Instagram Che Ta
Zain dan Che Ta mula berkenalan pada tahun 2010 menerusi drama Kiah Pekasam dan mendirikan rumahtangga pada Disember 2013. Pasangan ini memiliki seorang anak perempuan Aaisyah Dhia Rana, 6 ,dan dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu Che Ta. - CARI
|