Aduhai Zizan Razak, memalukan rakyat Malaysia betul!
Gara-gara komen 'kelakarnya' pada sekeping gambar yang dimuat naik ahli kumpulan Blackpink, Jenny, ianya telah menimbulkan kemarahan netizen terutamanya peminat kumpulan Blackpink itu sendiri.
Foto : IG
Mungkin bagi pelawak itu, komennya melucukan kerana membabitkan seluar dalam 'boxer'.
Namun, tidak semua perkara boleh dijadikan bahan jenaka, apatah lagi ianya membabitkan unsur seksual yang sangat ketara.
Foto : IG
Komen berusur l*c*h seharusnya tidak dibenarkan bagi setiap individu apatah lagi Zizan selaku selebriti yang membawa namanya ke mata dunia.
Foto : Twitter
Foto : IG
Netizen mengharapkan agar Zizan meminta maaf atas kejadian itu kerana ianya secara tidak langsung memalukan rakyat Malaysia, seolah-olah semuanya menggunakan jenaka lucah itu. Sementelah lagi tangkap layar ini jelas menunjukkan komen Zizan yang memalukan berbanding komen peminat negara lain.
Foto : Twitter
Foto : IG
Selepas dilanda pelbagai kontroversi, rasanya Zizan Razak perlu mencari titik untuk bertafakur dan bermuhasabah diri. Tidak semua isu perlu diulas jika ianya mendatangkan keburukan. - CARI
|