"Follower saya pun bukan banyak sangat sampai juta-juta. And tak semua orang kenal saya pun."
Aktres Shima Anuar menegaskan yang bisnesnya berkembang bukan kerana kedudukannya sebagai artis semata-mata. Ia datang dengan tekad dan kegigihannya memasak dari awal pagi untuk memasarkan laksamnya.
Jadi, adalah tidak adil melabelkan dirinya sebagai kaya atau ayat seperti "Shima takpa sebab ada maid," adalah kata-kata yang tidak tepat.
Bagi pelakon yang sebaris dengan Wawa Zainal pada tahun 2010 ini menyatakan semuanya tidak akan berjaya jika tiada keazaman yang kuat.
Kredit foto: IG
Bagi Shima, dirinya bukan dari keluarga kaya, jadi semuanya memerlukan usaha jika mahu hidup senang. Begitu juga dengan rezeki, kena doa dan usaha, barulah semuanya akan nampak jalan.
"Ahamdulillah.. Walaupun meniaga kecik2 macamni ada jugak yang cuba nak downkan kita, tapi rezeki tu Dia yang bagi, just keep going."
Walaupun harga produk makanannya agak mahal berbanding produk sama di luar, namun ia tidak menghalang dari Shima memberikan yang terbaik kepada peminatnya.
Foto: IG
Foto IG
Ada yang pernah cuba Laksam Shima ke? Apa komen anda? - CARI
|