Jika sebelum ini Siti Sarah lantang bersuara mengenai isu 'marketing goncang', terbaru aktres Noorkhiriah pula menyuarakan isu serupa.
Tegas pelakon berusia 41 tahun itu, dia memaklumkan terpaksa bertegas dalam menapis tawaran untuk melakukan ulasan produk memandangkan semakin banyak peniaga sanggup menayang 'aset' demi melariskan produk.
"Disebabkan sekarang dah terlalu ramai tak kira perempuan tulen atau sebaliknya. Dah tak ada segan silu tonjol buah kelapa, cempedak, pisang, betik segala.
"Bahu akak dah berat dengan dosa. Akak tak baik, tapi cuba mengelakkan," tulisnya.
Kredit foto: IG Noorkhiriah
Dalam masa sama, Noorkhiriah menasihati orang ramai supaya mencari keredaan Allah dalam mencari rezeki.
"Jangan takut, tertutup 1 pintu 10 pintu Allah buka. Yakin," ujarnya. - CARI |