CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 26756|Reply: 69

Siapakah penasihat kewangan tular ini?

[Copy link]
Post time 4-9-2020 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Salam. Harap admin hidekan profile saya.

Saya seorang suami, ayah utk sepasang anak berumur 4 tahun dan 3 bulan & jugak seorang medical doktor di hospital kerajaan. Terlebih dahulu saya memohon maaf sekiranya confession saya ni melukakan hati para pembaca. Beban yang saya tanggung hampir 6 tahun ni, dah takdapat saya simpan. Diluah mati emak, ditelan mti bapak. Saya berkahwin dengan isteri saya pada awal tahun 2013. Berkahwin bukan atas dasar cinta, saya dengan isteri, berkenalan tak sampai 6 bulan, terus kami buat keputusan untuk berkahwin, kononnya bercinta selepas kahwin.

Saya dengan isteri,  'berkenalan' di FB,  dia di Msia, di sebuah University Islam di sini, saya di kolej perubatan di Mesir. Sebelum tu saya kenalkan diri saya serba sedikit. Saya ni tidaklah hensem, ada rupa sedikit, dari keluarga middle class, walid dan ummi saya orang agama yang dikenali ramai di Alor Star, Kedah. Saya anak keenam dari 8 adik beradik, adik beradik saya kesemuanya bijak dan berjaya semuanya. Isteri pulak berasal dari Terengganu, beza umur 5 tahun tua dari saya, anak yatim piatu, bertudung labuh, berpurdah (semasa bujang), pelajar master bidang Ekonomi & for now tengah buat PHD dan jaga aurat sepanjang masa. Saya berkenalan dgn isteri atas dasar bisnes (dropship dari China) , saya memang langsung tiada perasaan terhadap si isteri, setelah 4 bulan uruskan bisnes dan berhubung dgn isteri secara PJJ, isteri luahkan perasaan yang dia jatuh cinta dgn saya. Saya mmg takpernah bercinta, rasa gembira mulanya, kemudiannya saya start rasa serba salah dan takut utk menolak cinta isteri, saya anggap isteri sebagai kawan atau kakak shj.
Utk dipendekkan cerita, saya terima isteri atas dasar kesian dan taknak kecewakan isteri,  isteri terus planning tarikh pernikahan kami. 6 bulan berhubung (sekalipun tak pernah berjumpa, ada Skype (isteri berpurdah)).

Saya dengan isteri berkahwin di Masjid di Terengganu, hanya ada akad nikah shj memandangkan isteri anak yatim piatu, ada 1 abang dgn 3 kakak. Semua persiapan nikah,
Isteri dengan saya uruskan melalui whatsapp atau call shj. Kursus kahwin, borang kahwin, semuanya by pos. Hari nikah tulah, hari pertama kali saya akan berjumpa dgn isteri saya. Saya agak terkejut ketika mana dia buka purdah, isteri ada rupa, cumanya bukanlah terlalu cantik, hanya biasa biasa shj. Tapi tak ape, saya terima.. Saya pun bukannya hensem.

Selepas menikah, saya spend cuti summer saya selama 2 minggu di Msia, berhoneymoon dan terus pulang ke Mesir. Ada lebih kurang setengah tahun lagi utk habiskan study saya. Saya dgn isteri, macam biasa, contact melalui whatsapp, Skype. Isteri dapat kerja as executive di bank terkemuka Msia. I'm happy for her. Selepas 2 minggu, bekerja, 3 bulan tempoh perkahwinan, isteri miscarriage anak pertama. Sejak itu mulanya kehidupan teruk bagi saya. Isteri start mki hamun saya, cakap saya takde di Msia utk bantu dia dalam pantang, dia gugur sebab tertekan suami jauh. Mki hamun, rajuk, gaduh, siap minta cerai berkali kali berterusan sehingga saya tamat study & pulang ke Msia.

Utk pendekkan cerita, saya dgn isteri duduk serumah, dia masih bekerja di bank, saya dapat posting housemanship di hospital KL. Baru saya tahu isteri ni sangatlah indah khabar dari rupa, mki hamun saya, sepak terajng saya bila marah, rumah takpernah kemas, boros (suka belanja besar), harga tudung dan jubah shj cecah RM500 utk sepasang, dia bukak purdah atas polisi syarikat, sebab selalu jumpa client, saya okay shj, takpernah masak, tak hormat ibu bapa saya, even di kampung, dia berani tinggikan sorang dan kuis saya gunakan kaki di rumah keluarga saya. Takpernah  dengar luahan hati saya, sedangkan semasa HO, workload sangat banyak, kerenah patients, staff, rakan sekerja, kerja shift, oncall lagi, saya sangat stress, setiap kali drive balik kerja, non stop saya menangis. Pernah jugak saya menangis depan isteri, bila bergaduh, saya mengadu saya penat dgn kerja, dgn kerenah dia, semua tak kena dgn saya, sampai gigi saya pun jadi isu. Dia hina gigi saya jonggng, saya pakai braces, dia hina saya selekeh, busuk (sebab kerja lebih 30jam). Dia takpernah basuh atau ironkan baju saya, saya buat sendiri atau hantar ke dobi. Baju dia, dia hantar ke dobi semuanya, kotlah nak bantu hantar baju saya sekali. Langsung takpenah, siap asingkan bakul baju lagi. Cadar atau sarung bantal takpernah bertukar, saya tukarkan, rumah saya hired cleaner 1 minggu 2x datang cuci. Dapur, hanya ada 1 kuali, itu pun mak saya kasi, 2 3 pinggan dan mug. Takpernah berasap, saya teringin nak ada isteri yang masak, atleast makanan simple atau buatkan air. Ini kopi atau gula pun takde di rumah. Dia? Minum air mineral, beli berkotak kotak simpan di peti. Saya ni seolah olah housemate shj. Kalau saya minum air mineral dia, dia mengungkit. Kadang2 saya terlupa beli air utk saya, terpaksa tadah air paip minum, takut nak minum air dia. Gaji saya masa HO, bersih hanya 4k ++. Saya kasi dia 1k, bayar kereta, bil rumah semuanya 2.5 k. Baki tinggal RM500++Gaji dia? Langsung tak bantu saya. Tapi saya ada pendapatan sampingan, bisnes yang kami usahakan sama sama. Kadang2 terpaksa  keluarkan dividen ASB.

Kemudian, kami dikurniakan 1 anak perempuan. Saya pun habis HO, masuk posting MO, isteri habiskan master, sambung PHD. Ingatkan ada anak, makin berubah. Sama shj, anak kami tu. Kalau saya oncall. Dia hantar ke babysitter dalam keadaan kotor, takmandi, lampin penuh sampaikan babysitter mengadu. Babysitter pun kena mki dgn isteri saya, asyik bertukar babysitter shj. Sehingga takde siapa nak jaga anak kami, isteri saya suggest utk hantar ke Umi saya di kampung, saya berat hati, tapi isteri? Suka, langsung takpeduli. Setiap weekend kalau tak oncall, saya akan naik flight balik ke AS jumpa anak, isteri? Taknak. Penat kerja katanya.

Memang weekend, saya habiskan masa di AS dgn anak saya. Bila berjauhan dgn isteri ni, hati makin tawar, saya berjinak jinak dgn Tinder, bila swipe swipe, match dgn Anna (bukan nama sebenar) . Lawa orangnya, bertudung tapi tak labuh, bercareer besar (senior engineer di International company) tinggal KL jugak, ada master dalam Engineering, on her way with PHD journey. Bak kata orang Anna  ni mmg cool and sempoi. Bercakap pun dah mampu buat orang gelak. Saya start chat dgn Anna, mengaku sbg bujang. Kami berjumpa, habiskan masa bersama. Mmg 100% Anna ni perfect dari segala segi. Saya dgn Anna bercinta hampir 2 tahun. Setiap majlis kenduri, birthday parties, dinner keluarga Anna saya pergi. Anna mmg taktaw status saya. Facebook saya tiada gambar anak atau isteri. Isteri saya? Langsung takpernah tanya saya kemana, check phone saya atau pedulikan saya, kami hidup macam roommate sahaja. Takde anak lagi lah tak bertegur sapa. Kalau whatsapp pun, bila saya kasi receipt bank in duit.

Sampai lah 1 hari saya ceritakan semuanya dekat Ummi saya, saya nekad nak bercerai dgn isteri, and kahwin dgn Anna. Ummi saya minta saya berterus terang dgn Anna dahulu tentang status saya, kemudian buat pengakuan dgn isteri. Saya buat sptmana ummi sarankan. Bila Anna taw saya suami orang, Anna nampak sangat cool. Dia cakap dia takkan sesekali lukakan hati perempuan lain, dia minta saya pulang ke pangkuan isteri. Saya terus cerita segala keburukan isteri, tapi Anna langsung takpercaya. Dia suruh balik dan didik isteri saya, dekat 3 tahun lebih saya cuba, langsung takdapat didik. Ya Allah. Saya jadi tertekan dan serabut. Balik rumah, terus saya bagitau isteri, yang saya ada wanita lain. Isteri hanya gelak, dia cakap muka macam saya pun ada orang nak ke? Saya tunjuk bukti, kami bergaduh, luah hati ke hati apa benda kelemahan rumahtangga kami. Isteri menangis saya menangis. Dia janji akan berubah, tapi saya wajib tinggalkan Anna ( takperlu tinggal pun, lepas Anna taw saya dah berkahwin, dia terus blocked no saya). Saya dgn Anna putus terus contact, dalam hati saya mmg masih rindukan Anna, tapi sebab sayangkan keluarga kecil saya, saya berkorban.Isteri tunjukkan effort jd isteri dan ibu yang baik. Anak dah ambil semula dari kampung, hubungan kami makin baik. Kewangan kami dah start kongsi. Isteri belajar masak, masuk kelas baking, cooking and dancing. Selepas setahun isteri pregnant anak kedua, dia buat balik dah perangai lama. Anak sulung dia start tak peduli lagi dah. Rumah tunggang langgang, hari hari saya makan mki hamun dia, duit dah taknak kongsi. Makan hati berulam jantung saya ni. Hari2 saya dgn anak makan kat kedai atau drive thru Mcd. Isteri setiap masa dgn phone, takpun jumpa clients, rakan bisnes, atau jumpa kawan kawan. Isteri ni pernah viral dulu dekat Facebook, sebab posting pasal kewangan, so followers ramai, dekat FB kemain macam hidup perfect yada yada. Dia beli rumah atas nama dia, saya bayar bulan bulan. Kereta 2 biji, saya jugak bayarkan, suruh beli Axia aje, dia nak Honda CRV , saya pakai myvi shj. Disebabkan saya pernah curang, saya pun turutkan aje, seolah olah tebus dosa. Nak beranak di Andorra Hospital, padahal saya doktor wad bersalin. Boleh je beranak di hospital kerajaan, saya boleh requestkan kawan sekerja perempuan sambut, taknak katanya, dia nak beranak dalam keadaan 'mode vacation' katanya. Sampaikan saya ni hutang dgn kawan sekerja nak bayar bil beranak, ni ada baki RM5000 belum langsai hutang. Dia dalam pantang, baru 3 minggu beranak, dia boleh keluar pergi jumpa client dan tengok wayang. Dia tinggalkan 2 anak dgn kakak maternity caregiver, katanya urgent nak keluar, nak keluar sejam shj, akak tu datang 2 jam aje. Dari pukul 10 pagi keluar, pukul 1 pun belum balik, akak tu call nangis nangis, sebab bos marah tak pergi appointment orang lain, saya terpaksa emergency leave kat tempat kerja, nak balik jaga anak anak. Saya call, dia offkan phone. Rupanya jumpa client dan kawan2. Sekarang anak no 2 dah keluar, saya mmg nekad nak bercerai. Takkan nak curang kali kedua, karang lepas kantoi, gitu jugaklah situasinya,  berubah sekejap, kemudian jadi balik.

Utk para suami di KRT, apa patut saya buat? Kang bercerai, confirm viral, dia famous sebagai guru kewangan Facebook, kalaulah dia cerita di Facebook,  mmg semua nampak salah saya. Saya pernah curang, hak penjagaan anak anak dapat ke saya atau dia? Tapi dia takpernah jaga anak anak. Kalau saya pergi curang sekali lagi pun, sama je situasi dia, alih alih saya lukakan hati perempuan baik macam Anna, sebab termakan pujuk rayu si isteri semula. Nak bercerai, Ummi Walid orang agama, malu sekampung nnt kalau si isteri saya  viralkan kes curang saya, silap silap dia reveal siapa Anna, bertambah masalah. Anna langsung taksalah apa2, entah2 dah bahagia hidup dia. Saya nak bercerai sayang anak anak, nak ajak isteri pi kaunseling, makan sepak terajng saya nnt. Tapi saya tak sanggup nak hidup dgn isteri macam ni. Asingkan tempat tidur? Dah buat dah, lagi dia suka. Pukul dgn hujung kain? Saya kena balik nanti. Report polis? Takdelah dia tendang sepak terajang saya sampai lebam lebam, dia perempuan, sepak pun tak kuat, tolak tolak kepala, tampar aje. Semua takde bukti. Pening saya.

Harap semua kasi komen berhemah, saya minta pendapat shj. Thanks.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2020 12:56 AM From the mobile phone | Show all posts
pjg lebar ceritanya tp ok lah senang gak nak faham
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2020 05:01 AM | Show all posts
kalau semua kisah krt masuk cariforum tak sampai 24 jam kes selesai. matter of time. mohon krt krt sekalian bertapa di cariforum. kami ada pakar rumah tangga dalam ini
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2020 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru abis tiga perenggan.nanti la sambung balik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2020 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku skip baca.. tapi nak komen pasal purdah, tudung labuh je.

Aku pernah je kenal ramai orang berpurdah hujung2 perangai cam taik. Paling terkenal ialah pompuan berpurdah perangai cilaka naik kereta kancil putih cari anak dara sebagai korban
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2020 07:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lattehazelnut at 5-9-2020 07:58 AM

Ape jadah anak ulama register tinder..
Sial gila perangai bercinta dgn anna tp mengaku bujang.. u waste 2 years of her life...
I benci sial perangai lelaki mcm ni.. it doesn’t matter your wife perangai mcm mana..
pilihan u nak kawin dgn dia.. xde sape2 paksa kawin or halakan pistol utk kawin kan?
U minat wanita bijak pandai or bekerjaya.. xkan nak expect dia duduk rumah jd housemaid..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-9-2020 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
So sapa perunding kewangan yg pernah viral?

Klu cerai ni mmg buruk gila nama laki tu bini dia buat.

Kt fb i skang ada sorg niqabis ni dok post pasal suami yg dia nikahi bulan 6 haritu gila sex. Habis dijajanya citer pasal suami 3 bln dia tu. Xtahu betul ke tak.
Nnt bini confessor mesti buat benda mcm tu gak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2020 08:01 AM From the mobile phone | Show all posts
So sapa perunding kewangan yg pernah viral?

Klu cerai ni mmg buruk gila nama laki tu bini dia buat.

Kt fb i skang ada sorg niqabis ni dok post pasal suami yg dia nikahi bulan 6 haritu gila sex. Habis dijajanya citer pasal suami 3 bln dia tu. Xtahu betul ke tak.
Nnt bini confessor mesti buat benda mcm tu gak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2020 08:28 AM From the mobile phone | Show all posts
klau gini gaya isterinya...
cerai je...malu ke  kena viral ke hadap je..
paling kuat bbrapa bulan je...
org berckp sekejap je.lama2 life goes on n og pun lupa
dr nak hadap wife mcm ni utk selama2nya
hak pnjagaan anak tu aku rase wife dia pun suka klau si suami nak amik...da isteri pun x suka jaga anak
i doakan yg terbaik utk si suami dan anak2
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2020 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
lattehazelnut replied at 4-9-2020 11:53 PM
Ape jadah anak ulama register tinder..
Sial gila perangai bercinta dgn anna tp mengaku bujang.. u  ...

Kannnn.: dah la siap jumpa family anna tu semua.. bagi harapan..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2020 08:32 AM From the mobile phone | Show all posts
bukan kalau laki dah kawin tapi ngaku bujang, boleh jatuh talak ke?
i macam pernah terbaca somewhere..
kalau salah betulkan please..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2020 08:43 AM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 5-9-2020 08:32 AM
bukan kalau laki dah kawin tapi ngaku bujang, boleh jatuh talak ke?
i macam pernah terbaca somewhe ...

Depa kt ikut niat...
Kalau niat dlm hati tak ceraikan isteri walaupun mengaku bujang, tak jatuh talak... Ntah malas nak fikir...
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2020 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Kurex replied at 5-9-2020 07:45 AM
Aku skip baca.. tapi nak komen pasal purdah, tudung labuh je.

Aku pernah je kenal ramai orang ber ...

I pernah baca statement perempuan ni ....
Nak berubah kepada kebaikan gitu, nak bersihkan hati, nak dekatkan hati kt agama yada3x....tetiba nak pakai niqab.

Seolahnya bagi dia bila pakai niqab hati dia jadi bersih, nampak alim itu ini... Nampak tak "ego" perempuan berniqab?

Agama tak suruh pun berniqab. Cukup la menutup aurat...itu je.. Tpbg depa bila berniqab, naik satu lagi taraf lebih baik dr yg tutup aurat aje...

Keliling i, yg berniqab jaja cerita keluarga family gila harta, berebut harta rumah nan sebiji... Yg berniqab kt luar tapi tak menjaga aurat dirumah depan ipar biras pun ada..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2020 09:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Dr.. Alor setar.. Hahahaahahaha.. Tiba# masuk mode makcik bawang juniOR.. Anak sapaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2020 09:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Minami2013 replied at 5-9-2020 08:31 AM
Kannnn.: dah la siap jumpa family anna tu semua.. bagi harapan..

Memanglah bagi harapan dh dia memang nak kawin dgn anna.
Tp anna yg taknak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2020 09:37 AM | Show all posts
nasib lelaki

jadi kaya pun mcm binatang
xkaya lagi la dibinatangkan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2020 09:55 AM From the mobile phone | Show all posts
sarahmirza replied at 5-9-2020 08:47 AM
I pernah baca statement perempuan ni ....
Nak berubah kepada kebaikan gitu, nak bersihkan hati, n ...

I cerita pasal pompuan berniqab.. ohh Tuhan........ Boleh masa couple tu duduk celah kangkang bf dia. Belum lagi cerita dia buat2 hilang ingatan masa kena tinggal bf dia. Ada tu siap nak bunuh diri...

Kalau jantan pulak, kulu kelo cerita pasal agama, asal cakap je petik agama.. sekali kantoi layan gay.
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2020 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku x tau cita sbb mls baca.Baca komen forumers je la
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2020 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Panjangnya doc..baca sambil skip.
Senam cerita cerai je lah. Takkan sampai tua nak makan hati
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2020 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Cakap cerai senang..
But u have to be prepared mentally, physically and financially..
Kalau u fail cerai
First pejabat agama akan tanya dah pg kaunseling...
Kalau belum memang diaorg nasihatkan kaunseling dulu...
Kalau dia pukul n terajang u...belilah cctv/hidden camera @ minta parent u dok sekali tgk gelagat sebagai bukti...lepas kena pukul buat check up kat hospital kerajaan bukan tempat u kerja takut bias...buat polis report sekali to protect u n anak2 u..
U kena ingat kalau u cerai hak penjagaan anak ke isteri...U nak anak u dijaga isteri u...
Proses ni akan makan masa...but if thats really what u want...u kena bersabar dgn semua proses dia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.182761 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list