Kredit Foto - The Reporter
Kes buli nampaknya memang tiada kesudahan. Terbaru, pelajar berusia 13 tahun dibelasah sekumpulan tiga remaja berusia 17 tahun yang tidak berpuas hati dengannya.
Perkara ini disahkan Ketua Polis Kelantan, Deputi Komisioner Shafien Mamat. Menurutnya, kejadian berlaku di asrama lelaki sebuah sekolah menengah di Tanah Merah, Kelantan. Mangsa juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan kes kini sedang disiasat.
"Berdasarkan keterangan awal mangsa, ketiga-tiga remaja berusia 17 tahun memukulnya kerana berang cuba mempermainkan mereka dengan gurauan untuk belanja makanan segera ayam goreng.
"Kami sudah mengenalpasti dan membuat tangkapan terhadap semua individu terbabit," katanya memetik laporan Harian Metro.
Menerusi video yang tular di media sosial, mangsa berbaju merah hanya mendiamkan diri apabila disoal suspek sebelum memukul bahunya sehingga terjatuh dan dibelasah suspek lain.
Kes disiasat mengikut Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.
Pasal ayam pun boleh bergaduh macam ni. - CARI |