Sudah lama tidak mendengar khabar berita pelakon jelita dan sensasi 90-an Sofia Jane Hashim, 48, di dada akhbar atau media sosial.
Namun, baru-baru ini Sofia berkongsi foto dirinya bersama suami sempena ulang tahun perkahwinannya ke-25.
Kredit Foto - Twitter Sofea Jane
"Jubli Perak," catat pelakon filem Mira Edora itu di Twitter dengan beberapa foto bersama Datuk Meor Zain Azman waktu majlis pernikahan hingga kini.
Hantarannya itu disukai lebih 16,000 dan dikongsi lebih 4,500 pengguna Twitter.
Warga maya kagum dengan kejelitaan wanita kacukan Inggeris-Melayu kelahiran London yang kelihatan seperti tidak dimamah usia.
Kredit foto: Twitter Sofia Jane @MemHanyut
Untuk info, Sofia Jane berkahwin pada 1995 dan dikurniakan empat cahaya mata. Artis paling popular 1993 itu turut terkenal dengan filem Harry Boy, Kekasih Awal dan Akhir, Perempuan, Isteri dan... serta Sayang Salmah.
Memang kekal muda dan jelita. Selamat Ulang tahun Perkahwinan yang ke 25 Sofea Jane. - CARI |