"Saya bukan abang dia atau saudara mara dia. Memang Ikbal bekas staff dan tak lebih dari itu, dia kerja dengan saya selama hampir 5-6 tahun dan dah lama berenti kerja."
Akhirnya, usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri tegas menafikan kaitannya dengan isu tular dengan bekas pembantu peribadi (PA) yang didakwa menipu duit pelanggan berhubung jual beli pakej penginapan.
Menerusi laman Instagramnya, Aliff memohon orang ramai agar tidak mengaitkan namanya dengan Iqbal Sani dan isterinya, Intan Haleda. Ini kerana, ramai yang telah menghubungi Aliff termasuk pihak polis bagi mencari pasangan suami isteri terbabit sedangkan dia sudah tidak mempunyai kaitan lagi dengan mereka berdua.
Lebih teruk, ada yang meminta ganti rugi daripada Aliff hingga membuatkannya sakit kepala.
Foto : IG
Sebagai bekas majikan, Aliff menyatakan mereka sudah lama tidak berhubung kerana lelaki itu menjalankan bisnesnya sendiri. Namun, apabila masalah sebegini berlaku, mengapa dia pula yang menjadi mangsa?
"Saya berharap jangan ganggu saya atau WhatsApp saya, tanya rumah, nombor, nak duit, Saya tak terlibat dengan apa-apa yang mereka lakukan."
Foto : IG
Nampaknya, bukan Aliff sahaja yang terkena dengan permainan 'scammer' ini, malah aktres Rozita Che Wan turut mencari pasangan suami isteri terbabit menerusi laman Instagramnya. Dah kenapa?
Foto : IG
Tidak dapat dipastikan apa yang diinginkan oleh Che Ta, namun di ruangan komen ramai pengikutnya turut mengalami masalah sama iaitu ditipu mengenai pakej penginapan di hotel.
Foto : IG
Foto : IG
Terdahulu, tular isu scammer yang dilakukan pasangan suami isteri ini hingga mengakibatkan kerugian sehingga beratus ribu ringgit. Kini, mereka dicari ramai mangsa dan pihak polis.
Foto : Twitter
Diharapkan isu ini akan cepat berakhir dengan penjenayah tertangkap serta mangsa mendapat keadilan. Harap bersabar ya semua. - CARI
|