Hanya tinggal tiga bulan sahaja lagi untuk kita menamatkan tahun 2020 yang penuh cabaran ini. Bagi mereka yang berazam untuk kurus, bagaimana dengan proses tersebut, sudah berhasil atau belum?
Jika sudah kurus, baguss. Tetapi, bagi yang masih belum mencapai impian tersebut dan masih mencari-cari rutin diet yang sesuai, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk mencuba kaedah Intermittent Fasting iaitu diet dengan mengatur pola makanan mengikut waktu tertentu. Ia boleh diibaratkan berpuasa tetapi dalam tempoh tertentu, misalnya 16 jam puasa dan 8 jam makan.
Bunyinya menarik, kan? Jom kita baca perkongsian menarik mereka.
Foto :
Kaedahnya ringkas iaitu berpuasa dan berbuka puasa. Namun, untuk melaksanakan dengan konsisten sebenarnya tidak mudah. Ramai yang terkandas di tengah jalan kerana tidak kuat melawan nafsu makan. Bagaimanapun, ramai juga yang berjaya kerana azam yang kuat.
Foto :Fb
"Nekad jadikan IF sebagai rutin harian tanpa gagal walaupun sekadar 16/8 dan konsisten. Kawal pengambilan karbohidrat, kurang atau hentikan gula putih. Lakukan aktiviti ringan seperti berjalan kaki, jogging di penghujung waktu berpuasa sangat membantu proses penurunan berat badan. Begitu juga latihan bebanan.Saya lakukan ikut kemampuan."
Bukan sedikit mereka yang lebih 100kg boleh kurus dengan kaedah IF ini, ramai rupa-rupanya dan mereka berjaya.
Foto : FB
Bagi yang masih tercari-cari rutin diet sesuai, mungkin boleh mencuba diet IF ini. Biar lambat asalkan selamat.
Kaedah ini sudah lama diperkenalkan dan ramai sudah mencubanya. Bagaimana pula dengan anda? - CARI
|