CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14838|Reply: 72

Ingatkan Keracunan Makanan, Rupanya Yatt Hamzah Keguguran

[Copy link]
Post time 16-9-2020 01:10 PM | Show all posts |Read mode
Yatt Hamzah meluahkan rasa sedih apabila mengalami keguguran selepas keracunan makanan, baru-baru ini.




Kredit foto: IG



"Mohon hadiahkan AL-FATIHAH buat Muhammad Abdullah. Bondanya telah keguguran dia jam 3.30 petang tadi (semalam)," luahnya sedih.


Luahnya di Instagram semalam, dia mengalami cirit-birit dan muntah akibat keracunan makanan.




  


"Mulanya ingat sakit perut kerana keracunan saja. Rupanya, ada baby nak pergi tinggalkan Bondanya," tulisnya.


Menerusi perkongsiannya itu, Yatt turut berkongsi beberapa gambar ubatan yang diterimanya termasuk ubat sakit perut dan cirit-birit.




Kredit foto: IG




Yatt juga memohon doa ramai supaya diberi kekuatan dan segera sembuh.

"Tiada rezeki Bonda untuk mendakap dan besarkan kamu di dunia seperti kakak-kakak yang lain. Semoga ada rezeki berjumpa dan mendakapmu di akhirat nanti," doanya. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2020 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah. Pregnant rapat2 ni mesti nak anak lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
md_nana replied at 16-9-2020 01:11 PM
Takziah. Pregnant rapat2 ni mesti nak anak lelaki.

Slalu nya gitu lah..

Ni yatt yg anak dia jatuh katil brape kali tu kan?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Jadi dia sorang ke yg keracunan makanan? Kadang2 masa pregnant ni, perut tu sensitive dgn some types of food. Org lain bedal makanan yg sama, takde apa2 jadi. Tapi yg tgh pregnant ni mkn yg jd mcm2.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
aku nak tanya je tau sebab memang tak tau. dia gugur mesti usia kandungan masih baru2 kan, macam mana dia boleh tau jantina baby tu lelaki ye? pregnant berapa minggu yg orang dah boleh tengok jantina baby diorang?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 02:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Aiyoo yg kecil tu belum setahun lagi kan? Like 7-8 months macam tu. cepatnya nak pregnant lagi nanti kang buat esei tak sempat anak nak makan la, anak jatuh la, main pewarna la. Besarkan elok2 yg mana ada dulu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2020 02:38 PM | Show all posts
hanihan16 replied at 16-9-2020 02:27 PM
aku nak tanya je tau sebab memang tak tau. dia gugur mesti usia kandungan masih baru2 kan, macam man ...

rasanya dia blm tau jantina lg tp dlm islam klu baby mnggal msa di awal kdgan hendaklah dinamakan dgn nama lelaki..wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Gigih yatt usaha nak anak boy...ye lah ..umor pun dah nak 40...
Tolong jaga dgn baik anak2 gegirl yg ada tu dulu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2020 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Katanya sakit perut lepas makan ikan bakar kat melaka kan.
Iols trauma lak bab keracunan makanan ni masa iols kena aritu doktor siap scan kat ovari bagai takut ada cyst ke apa
Sebab sakit sgt perut takleh nak bawak bincang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi: Katanya sakit perut lepas makan ikan bakar kat melaka kan.Iols trauma lak bab keracunan makanan ni masa iols kena aritu doktor siap scan kat ovari bag ...

Dalam banyak sakit, janganlah sakit perut. Merana oii, satu badan tak berguna bila sakit perut ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 03:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Asyik beranak je kerja ko
Dha mcm kucing
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 03:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 16-9-2020 02:43 PM
Katanya sakit perut lepas makan ikan bakar kat melaka kan.
Iols trauma lak bab keracunan makanan ni ...

Betul. Kalau keracunan makanan ni memang resah gelisah lain macam. I baru kena tahap sampai tergolek depan tandas. Muntah semua keluar.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Seksa weyyy kena food poisoning. Dulu2 paling kuat pun berak2 je. Tp awal tahun haritu aku kena pakej ceri beri dengan muntah, memang lembik gila tapi gigih g office kerja mcm biasa walaupunnn kejap2 lari g toilet walaupun tengah meeting hahahhaa. hari ke 8 baru la x tahan sgt and admit ward. Gileee betul. Lepas discharged lak baru tau pregnant 4 minggu. So terus stop ubat yg hospital bekalkan. Nasib baik baby takde pape. Semoga Yatt cepat sembuhhh
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
I alahan makan mee kuninh. Walaupon makan seulas knfm muntah2 n cirit birit.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Yatt ni berlakon apa yg paling latest. Nak tgk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak yg ade pun asyik jatuh katil je, baik focus jaga anak yg masih kecik tu, nk sebuk mengandung lagi dah kenapa? Kalau ko jaga tip-top, anak 10 pun iols tak kisah. Geram dgn mak sejenis selfish ni. Dah tak terhandle lagi nk tambah2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2020 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
md_nana replied at 16-9-2020 01:11 PM
Takziah. Pregnant rapat2 ni mesti nak anak lelaki.

Tak tau pulak pasal ni. Ni memang petua ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 05:15 PM From the mobile phone | Show all posts
nazzse replied at 16-9-2020 02:59 PM
Dalam banyak sakit, janganlah sakit perut. Merana oii, satu badan tak berguna bila sakit perut ni

Yup, iols rasa perut iols sensitif sikitla kira kalau kena keracunan makanan lama nak benti, orang lain sehari dua dah ok iols lama la plak amik masa 3-4 hari.
Tu yg trauma baru2 ni kena lagi iols siap standby lampin dewasa lagi dlm keta kalau kebetulan time tu nk kena gerak ke mana2 ke apa.Takut jln jem masaklah weh.
Org leh la gelak2 tp yg alami je paham, sedangkan kalau g hospital pun sementra nk tunggu doktor panggil check tu pun dah berulang kali kuar masuk toilet.
Penah je masa g klinik iols dlm toilet dengar nombor iols naik adeh.. seksa laa tak sukanya.
Tu kadang malas nk g hospital tp kalau dah lembik teruk sgt suami paksa gak iols g hospital nak plak kalu tak makan kan dgn muntah2 bagai.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 05:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Hashitah replied at 16-9-2020 02:38 PM
rasanya dia blm tau jantina lg tp dlm islam klu baby mnggal msa di awal kdgan hendaklah dinamakan  ...

oh.. tq ilmunya sis!
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2020 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
swayne replied at 16-9-2020 03:38 PM
Betul. Kalau keracunan makanan ni memang resah gelisah lain macam. I baru kena tahap sampai tergol ...

Yup dia punya sakit ala2 kontraksi. Jenis sakit dtg dan pergi berulang2.
Mcm perut kita ni ada yg pulas dan perah bila mai sakit tu kena cepat la kena g toilet.
Nyampah kalau org gelak2 bila dengar kita kena cirit birit ke apa taktau ke ade orang boleh mati disebabkan keracunan makanan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54475 Replies : 9
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 54635 Replies : 23
[MBC/Netflix] My Dearest - Nam Goong Min, Ahn EunJin, Lee Hak Joo, Lee Da In, Lee Chung Ah
xyla73[MBC/Netflix] My Dearest - Nam Goong Min
Views : 12005 Replies : 114
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 286056 Replies : 8457
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 99563 Replies : 1037
Berita Malam Seram ~ Pembantu Kesihatan Tawar Khidmat Seks
borneBerita Malam Seram ~ Pembantu Kesihatan
Views : 28492 Replies : 82
Ada Honda Ada Gaya:Wanita Bergaji RM4,500 Dakwa Beli Honda City Sebagai Kesilapan Terbesar Dalam Hidup
YgBenarAda Honda Ada Gaya:Wanita Bergaji RM4,50
Views : 72391 Replies : 78
6.73 juta pekerja naik gaji
Abahmung6.73 juta pekerja naik gaji
Views : 53041 Replies : 0
Kenaikan cukai taksiran di KL tahun depan.Anda bersedia?
YgBenarKenaikan cukai taksiran di KL tahun depa
Views : 65966 Replies : 0
RCI Batu Puteh bukan balas dendam - PM
AbahmungRCI Batu Puteh bukan balas dendam - PM
Views : 54172 Replies : 4

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-12-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.166210 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list