Seorang pengguna Instagram @rhmadii berkongsi video seorang kanak-kanak yang sedang duduk melepaskan penat selepas menghiburkan orang ramai di kawasan Jalan Gatot Subroto, Kalimantan Selatan, Indonesia.
Kanak-kanak yang dikenali sebagai Rehan itu memberitahu, beliau terpaksa melakukan kerja tersebut kerana kesempitan hidup.
Kredit foto - Instagram @rhmadii
Ibunya turut melakukan pelbagai pekerjaan, namun ianya hanya cukup untuk membayar sewa rumah mereka dan sekiranya ada lebihan, ia sekadar cukup untuk membayar yuran sekolah beliau.
Pendapatan yang diperolehi Rehan pula cuma sekadar cukup untuk membeli sekampit beras.
Rehan terpaksa berjalan 10 kilometer setiap hari untuk datang ke 'tempat kerja'nya di Jalan Gatot Subroto, Jakarta, namun tetap berasa gembira dapat meringankan beban ibunya.
Rutin hariannya bermula awal pagi atau sebelum subuh untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas. Usai selesai 'bekerja', pada waktu petang beliau akan pulang ke rumah untuk bermain bola sepak bersama rakan-rakannya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Jika kita rasa kita susah, ada lagi yang lebih melarat hidupnya.
Semoga terus kuat hadapi hari mendatang dan dipermudahan segala urusan, dik. -
CARI