CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 14915|Reply: 74

9 Aneka Resipi Telur Dadar

[Copy link]
Post time 19-9-2020 03:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trunks at 19-9-2020 03:45 PM







Aneka Resipi Telur Dadar Yang Diolah. Lebih Sedap & Mudah Masak.

Semua orang suka menu telur dadar ni. Sedap malah sangat mudah nak masak. Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas-panas tapi nak ubah sedikit rasanya supaya lebih sedap dan lain daripada telur dadar biasa, resipi-resipi yang dikongsi di bawah ini boleh dicuba. ada resipi yang diolah menjadikan menu ini lebih menarik dan lebih sedap! Anda boleh cuba.

KOLEKSI RESIPI TELUR DADAR SEDAP & PELBAGAI RASA

1. TELUR DADAR TERUNG BAKAR


BAHAN-BAHAN:
  • 2 biji terung
  • 2 biji telur
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
  • Bakar terung atas api sekali dengan kulit hingga warna ungu bertukar hitam.
  • Biarkan sejuk dan buang kulit terung yang kehitaman tadi.
  • Pecahkan telur dalam bekas dan pukul sekejap. Masukkan garam dan perasa tambahan lain. Boleh juga tambah lada sulah atau lada hitam.
  • Masukkan terung dalam bekas berisi telur tadi, lenyekkan pakai garpu.
  • Masukkan dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng macam buat telur dadar biasa tu.
  • Siap! Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Jastia Taza

2. TELUR DADAR DAUN MERUNGGAI
BAHAN-BAHAN:
  • 3 biji telur itik
  • 4 ulas bawang merah | tumbuk
  • 1 ulas bawang putih | tumbuk
  • Cili kering secukupnya | tumbuk
  • 3 cekak daun merunggai
  • Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
  • Pecahkan telur dan masukkan bahan tumbuk. Gaul rata.
  • Masukkan daun merunggai dan perasakan secukupnya.
  • Goreng hingga masak.
Kredit resipi & foto:Noor Hafiza Mohamad

3. MASAK LEMAK TELUR DADAR
BAHAN-BAHAN:
  • 4 biji telur | campur garam dan goreng dadar
  • 2-3 ulas bawang merah | hiris @ tumbuk
  • 1-2 ulas bawang putih | hiris @ tumbuk
  • 3-4 biji cili padi | hiris @ tumbuk
  • Ikan bilis secukupnya | tumbuk
  • 1 batang serai | ditumbuk
  • 1-2 biji terung
  • Tomato
  • Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.
  • Kemudian masukkan terung. Biarkan masak.
  • Tambahkan santan dan bila dah mendidih, masukkan telur dadar.
  • Perasakan dengan garam dan perasa. Akhir sekali letakkan tomato. Siap!
Kredit resipi & foto: Suzie Zaley

4. TELUR DADAR STAIL GERAI



BAHAN-BAHAN:
  • 4 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • 1 sudu teh mayonis
  • 1 biji cili merah – dicincang halus
  • 1 biji bawang besar – dicincang
CARA MEMASAK:
  • Campurkan semua bahan dan gaul rata.
  • Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Dadarkan telur.
  • Kecilkan api, tutup kuali hingga bawah telur kuning keemasan.
  • Terbalikkan telur. Masak lagi hingga telur masak.
  • Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Nota: boleh tambah apa2 sayur, saya tambah carrot, daun sup daun bawang, bawang kuning, cili merah. Kalau nak telur tebal pakai kuali yg paling kecil.
Kredit resipi & foto: Lina Thomas

5. TELUR DADAR CENCALOK
BAHAN-BAHAN:
  • 2 biji telur
  • 1 sudu makan cencalok | tapis dan eorah airnya
  • 1-2 biji bawang merah | hiris
  • 2 biji cili padi | hiris
CARA MEMASAK:
  • Satukan semua bahan dan gaul rata.
  • Panaskan minyak dan goreng. Angkat bila masak.
  • Enak dinikmati bersama nasi panas dan perahan limau nipis.
Kredit resipi & foto: Reen Nasreen

6. RESIPI TELUR SARANG
BAHAN-BAHAN:
  • 1 biji telur
  • 2 ½ sudu makan air
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak – banyak
  • Kuali & sudip
CARA MEMASAK:
  • Panaskan kuali dengan api besar dan tuang minyak dengan banyak.
  • Pecahkan telur, garam dan masukkan air. Pukul telur hingga berbuih.
  • Kemudian tuang telur ke dalam minyak panas. Tarik mangkuk tinggi-tinggi supaya telur yang jatuh ke dalam kuali menjadi halus dan melebar.
  • Kecilkan api dan tunggu telur hingga garing.
  • Setelah kelihatan garing, terbalikkan telur. Biar hingga garing.
  • Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
  • Jika kurang gemar telur yang terlalu garing, boleh kurangkan masa memasak.
Kredit resipi & foto: Alia Ismail

7. CENDAWAN GORENG TELUR
BAHAN-BAHAN:
  • 4 biji telur
  • 200g m cendawan tiram
  • 1/2 biji bawang besar
  • 1 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
1. Basuh cendawan dan toskan. Ramas sedikit supaya airnya keluar.
2. Pukul telur hingga hancur dan masukkan garam serta bawang yang telah dihiris nipis. Masukkan cendawan dan gaul rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hingga kekuningan. Masak seperti membuat telur dadar. Setelah masak, angkat dan bolehlah dinikmati.
Kredit resipi & foto: Siti Zahrah Mohd Fakhri

8. KERABU TELUR DADAR
BAHAN TELUR:
  • 3 biji telur
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
  • Secubit garam
  • 1 sudu teh tepung jagung
    (Satukan dan kacau sebati. Dadarkan guna kuali non-stick. Dadar nipis-nipis. Gulung kemudian hiris nipis.)
BAHAN KERABU:
  • 1 biji bawang besar – hiris nipis
  • 1 kuntum bunga kantan – mayang halus
  • 1 genggam daun kesom atau daun selom -mayang halus
  • 1 biji tomato – buang biji & potong kecil
  • 1 genggam ikan bilis goreng
  • Sedikit sos ikan
  • 2-3 biji limau kasturi – ambil jusnya
  • Sedikit gula
BAHAN TUMBUK:
  • 1 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 1 ulas bwang putih dibakar
  • 1/2 inci belacan
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali ikan bilis. Gaul hingga rata.
2. Renjiskan sedikit sos ikan. Masukkan sedikit gula, jus limau kasturi dan akhir sekali ikan bilis goreng. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
3. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Razainiza Saad

9. TELUR DADAR GULUNG
BAHAN-BAHAN:
  • 4 biji telur
  • 1 ulas bawang merah besar
  • 2 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan mayones
  • 50gm sayur campur
  • Sedikit minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
  • Pecahkan telur dan pukul menggunakan garfu hingga kembang.
  • Masukkan hirisan bawang besar, sos cili dan mayones. Kacau lagi hingga semua bahan sebati.
  • Panaskan kuali dan goreng bancuhan telur tadi hingga masak. Gulungkan.
  • Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Boleh juga menggunakan hirisan makanan laut untuk rasa lebih enak. credit RASA
----------
nampk simple kan resepi ni? tapi ,kalau hanya goreng saja
kosong rasa mual pula.sekurangnya kalau letak lada
mcm style gerai tu,sedap.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2020 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Emm...nmpknya telur dadar buh bawang n cili hiris tetap paling sedap pada i..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2020 05:17 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 19-9-2020 05:06 PM
Emm...nmpknya telur dadar buh bawang n cili hiris tetap paling sedap pada i..

betul awak, saya goreng letak ajinomoto ke kicap ke,memang tak lalu makan hehe
kalau masuk lada dan hiris2 bawang baru rasa sedap tekak ni


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
kerabu telur dadar tu.. mcm sedappp
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2020 05:26 PM | Show all posts
little_sis replied at 19-9-2020 05:19 PM
kerabu telur dadar tu.. mcm sedappp

kan.. hehe yang ini awak tak minat ke? macam simple gila


Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 05:29 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 19-9-2020 05:26 PM
kan.. hehe yang ini awak tak minat ke? macam simple gila

yg ni style utara, kan? tak penah try lg ni.. boleh la try nnti bebila yg rasa nk makan yg simple2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 19-9-2020 05:32 PM | Show all posts
little_sis replied at 19-9-2020 05:29 PM
yg ni style utara, kan? tak penah try lg ni.. boleh la try nnti bebila yg rasa nk makan yg simple2 ...

tak tau pula awak style utara, tapi saya belum pernah cuba, cuma
macam mudah sangat tu,nak bagi selera makan aje.
ingat nak juga cuba, balik2 dadar aje
agak bosan juga hehe
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 19-9-2020 05:32 PM
tak tau pula awak style utara, tapi saya belum pernah cuba, cuma
macam mudah sangat tu,nak bagi s ...

betul kan, nak bg selera makan.. kdg menu sama bosan juga.. nanti dah buat up la gambar kat sini ye..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2020 05:55 PM | Show all posts
little_sis replied at 19-9-2020 05:44 PM
betul kan, nak bg selera makan.. kdg menu sama bosan juga.. nanti dah buat up la gambar kat sini y ...

tak janji tau,sebab tah tahun bila nak buat tu hehe
tapi,macam perah air asam aje ni atas telor rebus.

sekarang saya geram,tak boleh makan pedas,terutama lada cili padi tu
dulu2 saya kunyah2 masa makan nasilagi punyala..sekarang dah penyakitsakit perut tak boleh makan lada,,hehe..awak masih boleh ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
X penah dgr daun merunggai ni. Pestaim tgk telur dadar msk lemak, hihi. Yg telur dadar gulung tu adh buat. Yg mushroom tu, aku penah buat yg similar. Aku guna shredded cabbage. Cuma kobis tu aku goreng dulu br tuang telur dalam pan utk cover dia. Mkn dgn roti buat sanwic, sedap wo
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 06:57 PM From the mobile phone | Show all posts
trunks replied at 19-9-2020 05:55 PM
tak janji tau,sebab tah tahun bila nak buat tu hehe
tapi,macam perah air asam aje ni atas telor r ...

insyaAllah boleh lg.. hehe tgk jenis lada kot
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Telur hancur letk kicap kipas udang sket..mkn nasi pns2.yummy kan
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 08:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Telur dadar cendawan tu makanan aku time buat diet atkins dulu. Sedap...
Sambal tumis telur dadar pon sedap tau.
Tapi telur dadar cencaluk tu penah buat sekali dulu, tak berapa kena dengan tekak. Sedapnya makan cencaluk dengan asam pedas
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Teringat kat telur dadar udang..sedapppp.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 08:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba try test buat telur dadar daun kunyit atau bunga kunyit... Sedapnyaaaa...!

Daun kunyit atau bunga kunyit diracik kasar. Bahan campuran lain sama je dengan bahan untuk telur dadar biasa - bawang besar atau bawang merah, cili potong, garam, lada sulah dan sedikit air.. Perrrrrrrggggh! Wangi semerbak masa menggoreng!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Telur + kicap manis+ sos cili di pukul bersama & grg.. time kecik2 suka mkn..panggil telur hitam manis.. skrg anak2 pulak yg suka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-9-2020 10:10 PM | Show all posts
Leonclay replied at 19-9-2020 09:46 PM
Telur + kicap manis+ sos cili di pukul bersama & grg.. time kecik2 suka mkn..panggil telur hitam man ...

oh kicap ni saya dah cuba,tapi itula,

ohya,awak guna kicap yang brand apa ye sedap?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2020 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
ai plak suka telur dadar letak tomato n cili takyah boh garam..goreng garing pastu panas2 letak kicap masin..sedap..masam masin pedas.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2020 10:23 PM | Show all posts
MisXoXo replied at 19-9-2020 07:56 PM
Telur hancur letk kicap kipas udang sket..mkn nasi pns2.yummy kan

awak suka kicap yang jenis manis ke tak? hehe.sebab saya tengah cari jenama sedap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2020 10:25 PM | Show all posts
lazaruz6024 replied at 19-9-2020 10:13 PM
ai plak suka telur dadar letak tomato n cili takyah boh garam..goreng garing pastu panas2 letak kica ...

cili padi ke awak? just hiris2 ke aje? macam sedap juga cara masak tu? hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.947779 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list