Kredit foto: IG
Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin mengaku sengaja menggunakan foto pelbagai makna untuk menarik perhatian ramai.
"Kami sengaja guna foto pelbagai makna dan kami sendiri dah rasakan pastinya ia mendapat perhatian ramai. Tetapi bagi kami, kalau mereka rasa perkara terbabit lucah atau negatif, maka secara automatik menjadi lucah dan negatif.
"Ia berbeza kalau ada yang memandangnya secara baik dan positif. Jadi, bila ada isu, apa yang kami sampaikan berjaya. Sejujurnya, tak ada niat pun nak jadikan perkara ini nampak lucah, tapi kalau ada wargamaya nak rasakan ia negatif, kami sendiri tak dapat nak kawal pemikiran orang," katanya menjawab dakwaan menggunakan foto berunsur lucah dan 'double meaning" untuk mempromosikan produk minuman jamunya.
Berkata kepada Gempak, dia bagaimanapun sudah lali dengan cemuhan warganet kerana baginya, kata-kata negatif dilemparkan adalah penguat semangatnya.
"Sepanjang melibatkan diri dalam dunia seni, saya menerima kecaman yang diberikan dengan baik. Saya tukarkan ia kepada sesuatu yang positif.
"Saya tak mahu terasa kerana perkara terbabitlah menjadikan saya kuat dan membentuk Syatilla Melvin yang ada sekarang," ujarnya.
Betul juga kata Syatilla. Kalau kita memandang sesuatu sebagai positif, maka ia akan menjadi positif. Begitu juga sebaliknya, kan? - CARI
|