Sempena ulang tahun kelahiran bapanya yang ke-56, selain memberi ucapan istimewa buat Badioezaman Abdul Khalik, Mira Filzah berkongsi teguran daripada bapanya mengenai pakaiannya.
Kredit foto: IG Mira
Paparan skrin perbualan di WhatsApp itu dikongsikannya menerusi hantaran di Instagram.
Kelihatan lembut saja cara bapanya menegur Mira yang dikatakan memakai jeans ketat dan blouse yang dirasakannya agak singkat.
Kredit foto: IG Mira
"Lain kali, cuba elakkan berpakaian begitu di mana-mana majlis jika ia akan dipaparkan di media.
"Mungkin kerana ia berkilau, sekali gus menampakkan bentuk tubuh lebih jelas," tegur encik Badioezaman.
Mira dan Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada 3 September lalu.
Kredit foto: IG Mira
Mira juga dilihat menerima teguran bapanya itu dengan baik dan berjanji akan lebih berhati-hati dalam pemilihan pakaiannya kelak. - CARI |