Kredit foto: IG Sarah/ IG Syamsul
Nampaknya, kisah pergolakan rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana pula semakin mendapat perhatian warga maya.
Terbaru, dalam perkongsiannya di Instastory, Sarah mengakui banyak 'syaitan' dipercayai penyebab pergolakan rumah tangga ketika membalas mesej peribadi peminat.
"Saya harap Sarah dapat pertahankan rumah tangga. Ujian rumah tangga memang besar sebab syaitan pun tak suka bila tengok manusia berkasih sayang dengan halal kerana Allah.
"Saya tak tahu apa yang berlaku, tapi saya yakin Sarah dan Syamsul dapat hadapi segalanya dengan sabar," tulis peminat berkenaan.
Kredit foto: IG Sarah
Mengakui banyak syaitan seperti dikatakan, Sarah dalam masa sama berterima kasih kerana peminatnya mengambil berat perihal rumah tangganya yang kini dilanda badai.
Kredit foto: IG Sarah
Memetik mStar, Sarah yang baru-baru ini dilaporkan memasuki bahagian undang-undang keluarga ditemani wanita dipercayai ibu mentuanya, Datin Fatimah Ismail, bagaimanapun enggan mengulas tujuan mereka mengunjungi pejabat agama itu. - CARI |