CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2626|Reply: 6

Awas! Ketagih Internet Punca Kematian Tisu Otak Dan Hilangkan Rasa Malu Di Kalan

[Copy link]
Post time 25-9-2020 01:09 AM | Show all posts |Read mode
Gambar sekadar hiasan





Dalam kehidupan zaman serba moden sekarang ini, penggunaan gadget dan internet dalam kehidupan seharian menjadi sebahagian perkara wajib bagi hampir setiap manusia di dunia ini. Tidak keterlaluan jika dikatakan setiap 15 minit pasti anda akan memegang gadget dan menghabiskan masa dengan pelbagai aplikasi internet masakini. Betul tak?


Namun perlu ada tahu, sebuah kajian di China mendapati penggunaan Internet secara berlebihan oleh golongan remaja boleh menyebabkan otak mereka mengecut, lapor sebuah akhbar.

Kajian berkenaan yang disiarkan jurnal sains, PLoS ONE menyatakan, kematian tisu otak berlaku di kalangan remaja yang ketagih melayari Internet.






Keadaan itu boleh membawa kepada kemerosotan daya tumpuan dan ingatan selain mengurangkan perasaan malu golongan remaja untuk melakukan perbuatan tidak sihat. Kajian tersebut melibatkan penggunaan mesin pengimejan resonans magnetik (MRI) untuk merakam imej otak 18 pelajar universiti berusia 18 tahun yang melayari internet selama 13 jam sehari, enam kali seminggu.

Kumpulan penyelidik berkenaan membandingkan imej MRI tersebut dengan imej MRI kumpulan pelajar yang melayari internet cuma dua jam sehari.
Selepas perbandingan dibuat, mereka mendapati korteks atau bahagian kelabu pada otak 18 pelajar yang ketagih Internet itu mengecut berbanding rakan mereka yang kurang melayari internet.






"Kajian kami membayangkan ketagihan Internet pada jangka panjang boleh membawa kepada kemerosotan struktur otak," kata kumpulan penyelidik itu.
Bahagian korteks otak berfungsi untuk memproses ingatan, emosi, pertuturan, penglihatan dan pendengaran di samping mengawal pergerakan anggota manusia.

Kajian itu dilakukan oleh sekumpulan pakar neurologi dan radiologi beberapa universiti dan hospital di China. Dianggarkan seramai 24 juta remaja negara berkenaan ketagih melayari Internet.












Bayangkan pula anak-anak kita yang masih kecil dan bersekolah kini mula ketagih dengan gadget yang kita sendiri berikan kepada mereka hanya untuk "mendiamkan mereka" supaya "tidak mengganggu kerja harian" kita.


Fikir-fikirkan sebelum terlambat, mungkin kesannya belum nampak tapi dalam jangka masa panjang pasti akan memberi kesan negatif jika tidak dikawal dengan segera. - CARI



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2020 08:46 AM | Show all posts
ketagih porno lagi parah..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 11:23 AM | Show all posts
Dari kanak2 sampai kedewasa yang ketagih internet ni. Hidup tak lengkap lagi2 bila putus line.
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2020 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Artikel tahun 2009 da.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2020 08:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Adakah zaman bang non remaja dah ada internet?hinggakan takde malu kemaruk nk jadi pm.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2020 02:51 PM | Show all posts
zaman ni semua duk ketagih dengan internet je dah, xde line rasa macam nak campak je enpon..huhuhu..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2020 04:48 PM | Show all posts
Apa2 yang berlebihan pasti memudaratkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 12:00 PM GMT+8 , Processed in 0.070466 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list