Tindakan lelaki di Mesir menyahut cabaran dengan menelan telefon bimbit membawa padah apabila objek itu tersekat di dalam perutnya selama tujuh bulan.
Kredit foto: EG 24 News
Menurut laporan Gulf News yang dipetik Harian Metro, lelaki berusia 28 tahun itu menyahut cabaran berkenaan ketika berparti dengan rakannya.
Sangkanya, peranti itu akan keluar secara semula jadi menerusi saluran ususnya sehingga dia akhirnya terpaksa menjalani pembedahan tujuh bulan kemudian bagi mengeluarkan telefon bimbit berkenaan di sebuah hospital di wilayah Benha.
Namun, tidak dapat dipastikan keadaan lelaki itu selepas menjalani pembedahan mengeluarkan peranti berkenaan. - CARI
Post time 29-9-2020 08:38 PMFrom the mobile phone|Show all posts
ooo ingatkn yg skrin lebar gtu patut la dok fikir cmne bleh tlan msuk kerongkong. pape pun nsib baik pnjang umur uiiii.
btw lps telan klau bt call bunyi cmne ek dlm perut. hihi.