Inisiatif Saluran Khas China (CSC) diteruskan dan akan diterajui oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) sebagai pusat sehenti dan agensi promosi pelaburan utama Malaysia. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkata ini selaras dengan mandat dan peranan utama MIDA sebagai agensi mempromosikan pelaburan dan menyelaras strategi promosi dengan agensi-agensi yang terlibat termasuk InvestKL.
|