CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4387|Reply: 36

Dr Mahathir: Saya atur pengampunan Anwar, tapi dia tak sokong saya

[Copy link]
Post time 1-10-2020 04:40 PM | Show all posts |Read mode
Dr M: Saya atur pengampunan Anwar, tapi dia tak sokong saya

https://www.malaysiakini.com/news/544774

Diterbitkan Hari ini 2:35 pm
Dikemaskini Hari ini 3:46 pm



Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad berkata beliau tidak menerima sokongan Anwar Ibrahim walaupun telah mengaturkan pembebasan pemimpin PKR itu dari penjara dan pengampunan diraja.

"Selepas, saya mengaturkan pembebasan beliau dan pengampunan diraja, dia tidak nak sokong saya.

"Dia pusing jumpa semua orang. Jumpa raja-raja, jumpa orang asing, bukan sokong saya. Dia kritikal terhadap saya," kata Mahathir dalam satu wawancara bersama Malaysia Gazette.

Mahathir mempunyai hubungan tegang dengan Anwar sejak tahun 1990-an tetapi bertukar sekutu dalam gabungan Pakatan Harapan pada pilihan raya 2018.


Setelah PH memenangi pilihan raya, Mahathir mengotakan janjinya dengan mengaturkan pengampunan diraja kepada Anwar atas tuduhan meliwat.

Tidak lama kemudian, Anwar kembali ke parlimen dan hubungan mereka kembali dingin ekoran desakan terhadap rancangan penggantian jawatan perdana menteri.

Akhirnya, Anwar setuju untuk tidak menetapkan tarikh bagi Mahathir melepaskan jawatan, tetapi ia sudah terlambat kerana "Langkah Sheraton" dan kerajaan PH runtuh.



Mahathir berkata bahawa beliau membawa Anwar seorang aktivis Islam yang lantang pada tahun 1970-an, menyertai Umno pada tahun 1982 walaupun mendapat tentangan besar ahli parti lain.

Ketika bersama Umno selama 16 tahun, Anwar pernah menjadi timbalan perdana menteri pada tahun 1993.

"Tapi, bila dia menjadi timbalan perdana menteri, dia cuba menjatuhkan saya," kata Mahathir.

'Zahid kroni Anwar'


Mahathir mendakwa Anwar cuba menumbangkan beliau melalui proksi dan mencetuskan himpunan dan protes.

Beliau juga menuduh Anwar membantu kroninya mengumpulkan kekayaan yang luar biasa dan secara khusus mendakwa salah seorang kroni Anwar itu ialah Ahmad Zahid Hamidi yang sekarang menerajui Umno.

"Itu cara Anwar," kata Mahathir.



Beliau juga mengulas mengenai pengumuman terbaru Anwar yang berkata mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan.

Mahathir berkata beliau pernah mendengarnya sebelum ini dan tidak pasti apakah Anwar akan berjaya kali ini.

Jelasnya lagi, beliau yakin bahawa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berada dalam kedudukan yang tidak menentu.

"Saya dapati kenyataan Anwar ini, kalau benar dua tiga orang Umno tolak Muhyiddin, dia jatuh.

"Soal Muhyiddin jatuh satu perkara, soal siapa sokong Anwar adalah perkara lain," kata Mahathir.

Pada 23 September lalu, Anwar buat kali ketiga dalam kerjaya politiknya menyatakan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti untuk menubuhkan kerajaan tetapi tiada sebarang perkembangan selepas itu.

Setakat semalam, Muhyiddin maish mempengerusikan mesyuarat kabinet kerajaan PN.

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2020 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Ahcai sendiri keliru nak pilih antara dua ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 04:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Hahahaa.. Tau.. Dia sembang kata nak berehat 2-3 tahun dari politik.. Tup2 bulan 12 ka bulan 11 bulan prk PD.. Anwar dan lidah berbelit.. Serah kat dia.. Biasa la.. Leluhur sama dgn Tun M..

Tu pun ada yg dok sembang anwar baik..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Senang ye nak atur2 masuk penjara dan keluar. Apa guna undang2? Terpakai untuk rakyat biasa je?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 05:14 PM | Show all posts

Atuk Merajuk Dengan Anwar?

"Selepas, saya mengaturkan pembebasan beliau dan pengampunan diraja, dia tidak nak sokong saya."


Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa terkilan tidak menerima sokongan daripada Anwar Ibrahim walaupun telah mengatur pengampunan diraja dan pembebasan bekas timbalan perdana menteri itu.




Kredit foto: MalaysiaKini



"Dia pusing jumpa semua orang. Jumpa raja-raja, jumpa orang asing, bukan sokong saya. Dia kritikal terhadap saya," katanya ketika diwawancara Malaysia Gazette yang dipetik MalaysiaKini.


Malah, Tun M mendakwa pemimpin PKR itu membantu kroninya mengumpul kekayaan luar biasa termasuk Ahmad Zahid Hamidi yang kini menerajui Umno.


Tun M juga menyatakan tidak pasti sama ada kerajaan baru bakal ditubuhkan Anwar yang didakwa mendapat sokongan majoriti akan berjaya. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 05:15 PM | Show all posts
Tun M je lah PM paling miskin..lain sume guna proxy kroni...
putar lagi....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-10-2020 05:16 PM | Show all posts
sebab itu lah jangan berharap pada manusia
kelak anda akan kachiwa

gituuuu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 05:19 PM | Show all posts
gila lah org tua ni...
kalau Ai merajuk btol lah..
ko tipu dia..x bagi jadi PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2020 05:33 PM | Show all posts
isu mahathir dengan anwar jauh lebih besar...sebahagian dari pertempuran kumpulan elit2 dunia
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 05:42 PM | Show all posts
Kekayaan luar biasa tu hanak beranak hengkauuu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg tolong kaya sampai anak n kroni2 jadi billionaire tu Atok ni hah. Yg patut merajuk si Anwar tu... bukannye Atok Kerala. Tu pun dia kasi Anwar bebas x ikut procedure. Giler punye olang...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 05:51 PM | Show all posts
Dah la Atuk..jgn mengungkit lg
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana x merajuk org tu. Dri tahun 1998 Lagy dh berangan nk jadik PM, Alih2 kena kencing berkali2 ngn atok.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 06:31 PM | Show all posts
Sudah sudah lah orang tua kutuk tak sedar diri...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Anyway, bile bang non nk angkat sumpah jadi pm ni?
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 09:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Org tua mmg cepat terasa hati.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2020 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Dorang2 ni berhimpit2 cam ni pun rete melambak2. Kira anggaplah mereka mengisi masa lapang.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 10:59 PM | Show all posts
Pop corn satu............
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 11:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Org tua gila harta nk bawak masuk kubur.
Semua org salah, ko je betul.
Kalo nk ikut merajuk, bang non 1 family yg kena merajuk dgn ko.
Dari dia muda sampai tua ko scam dia
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2020 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko dah fakap dia bamyak kali pastu ko nak merajok ngan dia sebab dia tak layan ko. Perangai keling mmg tak boleh buang dari diri ko
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 05:04 PM GMT+8 , Processed in 0.096258 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list