Takut melihat gaya pemakanan kanak-kanak hari ini yang lebih menggemarkan makanan ringan dan minuman kotak termasuk minuman kultur.
Walaupun ada baiknya, namun jika diambil berlebihan, minuman kultur boleh membawa mudarat.
Kredit foto: FB & Gambar hiasan
Terbaru, kanak-kanak berusia empat tahun dimasukkan ke hospital akibat diabetes kerana kerap mengambil minuman berkenaan.
Pada mulanya, ia diambil selepas bapanya berikhtiar membantu masalah susah membuang air besar.
Kredit foto: FB Mazila
"Bermula dari situ, stok minuman kultur mesti ada dalam peti ais berselang-seli dengan air kotak. Wajib ada dalam peti," tulis pengguna Facebook Mazila Manshor.
Bagaimanapun, timbul masalah lain apabila kesihatan anaknya semakin merosot sehingga pengsan selepas mengalami demam berpanjangan.
Menurut Mazila, perkara itu berlaku kepada anak sahabatnya sendiri.
Gambar hiasan
Kredit foto: FB Air kotak delite selangor
Perkongsian itu mendapat perhatian warga maya yang berterima kasih kepada Mazila kerana memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya terhadap minuman manis terutama air kotak. - CARI |