Kadang-kadang terfikir karakteristik bahasa Kedah seperti habit menyebut perkataan naah/ naa / noo ni asal dari mana.
So cut to the chase baru-baru ni saya ada menonton filem Horror Thai lama tahun 1981 bertajuk Ghost Money. (low budget child horror crap)
Bahasa yang ditutur dalam filem tersebut mirip bahasa Siam yang penduduk Melayu di sesetengah kawasan belah Utara ni cakap.
Kalau filem2 moden ni mungkin sangat lain bahasanya dan tidak difahami (bagi yang tahu bahasa Siam lah), macam filem Indonesia jugak, yang lama2 kita tengok tak perlu subtitle yang baru-baru ni memang tak paham langsung sebab dulu mereka memang cakap dalam "Bahasa Melayu."
So dalam filem Thai tu ada scene budak ni cakap dekat mak dia "saya takut, saya nampak hantu, saya nak tidur dengan mak malam ni, nah nah". (link video untuk scene tersebut di bawah)
mak - mek
hantu - pee
takut - klua
tidoq - non
sangat - cing-cing ]
Pattern sama macam ayat orang Utara contohnya "satgi tolong p kedai sat naah"; "cheq pi dulu naah"
Macam partikel -lah/lor/loh tu maybe asai dari mandarin/kantonis.
Eh pula familiar dengan orang Kanada.
Satu lagi ada orang2 Kedah di sesetengah kawasan juga sealalu guna perkataan "er" ( macam sebut "a" dalam Bahasa Inggeris) untuk refer kepada "ya" ataupun "ha". contoh :
"hujan lebat kt kampong semalam rumah hang ayaq naik gak ka?" "Er la (ya la/ha la)."
Er ni sebenarnya diguna jugak dalam bahasa Siam membawa maksud ya atau seerti dengannya. Nie based on movie yg haku tengok tu laa (tengok part last scene dalam link tu mak dia kata er subtitle dia tulis ok)
Ada lagi habit orang Kedah yang lain contohnya "aih" dihujung ayat. ("takdak aih", "lawa aih").
"Aih" ni pon aku rasa asal dari bahasa Siam jugak pasal dok dengar orang Melayu yang cakap Siam kat sini sebut perkataan dalam Bahasa Siam dan tambah aih kat belakang cth ("mai aih" - "takdak aih")
Tepen, Selama, Parit Buntar memang cakap utara kan. cuma tak sepekat belah kedah dan penang. Ropie tu pong orang tepen, cakap macam penang, kalau melawak dok kata mai dari Kodiang
bukan pasai ceta hantu tapi pasai asal usul partikel -naa dalam bahasa kedah yang menjadi sebutan harian masyarakat utara ni asai dari bahasa siam. macam orang kanada famous dengan sebutan eh
Aside from turning a thought into a question, “eh” can also be used:
To state an opinion – For example: “It was a good movie, eh?”
As exclamation or to express surprise – “What an ending, eh?” or “What a game, eh?”
To state a request or command – “Put that here, eh?”
To confirm (or soften) a criticism – “You really messed that one up, eh?”
As the narrative “eh” – “Eh” used in storytelling denotes that there is more to come. It also engages the listener, using it to make sure that the person is still listening. “So I went to this party, eh?” “And everyone there was drunk, eh?” “And so, I …”