CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4440|Reply: 27

Bukan Menunjuk, Atu Zero & Isteri Hantar PPE Ke Sabah Pula

[Copy link]
Post time 6-10-2020 11:32 AM | Show all posts |Read mode
Pelawak Atu Zero sekali lagi menghulurkan berkalan baju pelindung (PPE). Kali ini, dia dan isteri, Shafeeqa Johari menjahit PPE untuk petugas hospital di Semporna dan Kota Kinabalu, Sabah.




Kredit foto: IG





BACA JUGA: Tiada Duit, Atu Zero Dan Isteri Jahit PPE Bantu Petugas Kesihatan


Perkara itu dikongsikan di kedua-dua Instagram pasangan berkenaan.

"Sekarang ini dana yang kami ada pakai dana sendiri, ada juga kawan artis dan kawan yang sudi bagi sikit dana. Terima kasih semua.

"Memang banyak yang tidak cukup. Mana yang mampu kita tolong.  Ada lagi duit kempen hari tu kita boleh salurkan.

"Walaupun ramai orang Sabah kecewa dengan Zero, tidak mengapa kita tidak marah. Tiada niat menunjuk kebaikan kita buat, semua ini sebab kita sayang semua," tulisnya.




  



  



Bagaimanapun, Shafeeqa memaklumkan mereka tidak tahu bagaimana hendak menghantar bantuan tersebut.

"Saya cuma nak cara macam mana saya nak hantar ke Semporna dan KK. Siapa tahu boleh PM (mesej peribadi) saya," ujarnya.




  



Dalam perkongsian baru, Shafeeqa memaklumkan mereka memerlukan sukarelawan membantu menjahit PPE dan sumbangan dana. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2020 11:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia dari awal lagi.. Rajin isteri dia
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 11:51 AM | Show all posts
Ada lagi duit kempen hari tu kita boleh salurkan.

kempen ape?

Walaupun ramai orang Sabah kecewa dengan Zero, tidak mengapa kita tidak marah.
whyyyyy?
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 11:56 AM | Show all posts
Satu usaha yang bagus untuk berbakti kat negeri kelahiran dia ni. Dengan penambahan kes yang semakin tinggi sekarang memang perlu ada langkah pencegahan dan pengawalan. Good job Atu.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Okla sbb dia bukan ebito lies ..so tkla viral sgt khan
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sabarla Atuu{:handsome{:handsome{:handsome
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-10-2020 12:12 PM | Show all posts
bagus la awok kabo duit buat PPE bukan duit awok semata2 ade gak duit collection dari kawan2..tak cam wali karomah tu sume duit heshe sorang tapi kat hujung2 post selit no acc pertubuhan..apoo
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Usaha yg bagus. Org tgk pon sejuk hati. Lg bagus dr tgk org2 yg x abis2 tayang kekayaan dan duit berkepuk2.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2020 12:25 PM | Show all posts
Benda baik kita sokong..benda tak baik kita maki..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih nya tgok hospital yg deols g kat IG tu.. mcm hospital kat tgh2 hutan lak..
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 12:56 PM | Show all posts
Segala usaha yang membawa kebaikan patut disokong.  Tahniah & terima kasih Atu & isteri.
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 01:00 PM | Show all posts
RatuDunia94 replied at 6-10-2020 12:25 PM
Sedih nya tgok hospital yg deols g kat IG tu.. mcm hospital kat tgh2 hutan lak..

gitulah gamaknya taraf hospital2 dkt sana nun.. lg2 kalo KK yg dkt pedalaman.. terpaksa naik boat..

Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 01:13 PM | Show all posts
Semoga Allah murahkan lg rezeki Atu dan isteri, dapat berbakti pada rakyat negeri sndiri.. tapi jgn lupa sop.. jaga diri
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
haruslah replied at 6-10-2020 11:51 AM
Ada lagi duit kempen hari tu kita boleh salurkan.

kempen ape?

Kecewa sebab kalah mlm kot
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 01:18 PM | Show all posts
Bagusnyaa.... tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
My friend terpaksa ikut tok laki stay kk sebab tok laki keje laut.
Dengan baby sorang baru 9 bulan kiranya berdua je la tanpa tok laki. Mana nak familiar sangat area sana. Paling2 kalau state lain, still dalam semenanjung.

Pastu pulak covid ni. Kesian.

Btw usaha murni zero, kita tepokkkk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2020 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Salah satu selebriti yg blh dicontohi dan diikuti....dah lps PKP pun depa continue buat PPE tmbh kes makin meningkat kat Sabah....

Semoga dipermudahkan segala urusan dlm menghntr PPE....dan dijauhi dr gosip2 dan kontroversi x elok buat Atu Zero dan sekeluarga...
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 02:15 PM | Show all posts
baik hati laki bini ni, dari awal pkp smp skrg tak berenti membantu frontliners!
tabik springggggggggggg!
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Dari buat business air kena cekup sprm...baik jahit ppe..aman2 dapt pahal

Larikkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2020 02:42 PM | Show all posts
syok sikit dengar berita camni
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-11-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.052751 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list