View: 1537|Reply: 3
|
[SARAWAK] Mayat lelaki jatuh bot ekspres ditemui
[Copy link]
|
|
SIBU: Seorang lelaki yang terjatuh dari bot ekspres ke dalam Batang Rajang pada Isnin, ditemui lemas hari ini.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 4 Sibu, Janggan Muling berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Neckson Entingai Isek, 39, ditemui terapung sekitar 11.28 pagi.
"Mayat mangsa ditemui pasukan Lembaga Sungai-Sungai Sarawak pada jarak kira-kira 150 meter dari lokasi kejadian.
"Mangsa kemudian dibawa ke jeti dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Katanya, dengan penemuan mayat itu pihak polis telah menamatkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) pada jam 12 tengah hari tadi.
Dalam kejadian sekitar jam 8.00 pagi pada Isnin, mangsa bersama bapa mentuanya dikatakan duduk di belakang sebuah bot ekspres sebelum bertolak ke Daro.
Bagaimanapun, mangsa dikatakan tiba-tiba terjatuh ke dalam sungai lalu tenggelam di dermaga ekspres Daro di Jalan Khoo Peng Loong.
Usaha untuk menyelamatkan mangsa ketika itu gagal di mana ketika itu air pasang besar.
Menurut Janggan, operasi SAR dijalankan pada radius dua kilometer dari tempat kejadian sehingga mayat ditemui pada hari ini.
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sibu dan juga Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah terlibat dalam operasi itu yang turut dibantu pihak polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.
Michael Ubam
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Takziah kepada keluarga mangsa.Pernah tengok majalah 3 berkenaan bot ekspres.Macam best jer kalau dapat naik pergi dan balik.nak tengok pemandangan kampung sepanjang sungai. |
|
|
|
|
|
|
|
FC kalau nak ke bandar besar ... 3jam dari sini ... akan naik express boat ...
express boat
bahagian dalam nya .. atas tu life jacket
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Dalam kejadian sekitar jam 8.00 pagi pada Isnin, mangsa bersama bapa mentuanya dikatakan duduk di belakang sebuah bot ekspres sebelum bertolak ke Daro. duduk kat belakang tu agak merbahaya juga ... macam duduk kat atas tembok balkoni rumah flat... gtu la kalo nak senang faham...
Takziah kepada keluarga ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|