CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1056|Reply: 1

[SABAH] Hospital Tawau dijangka beri fokus pesakit COVID-19

[Copy link]
Post time 17-10-2020 04:35 PM | Show all posts |Read mode

PERSIAPAN : Anggota kumpulan pertama Hospital Medan ATM giat menjalankan kerja-kerja persiapan hospital tersebut.

TAWAU: Hospital Besar Tawau dijangka akan memberi fokus kepada pesakit COVID-19 sebaik sahaja Hospital Medan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah bersedia dan mempunyai fasiliti yang lengkap.

Timbalan Pengarah Hospital Besar Tawau DR Azman Ibrahim berkata Hospital Medan ATM ini dibina untuk menempatkan dan merawat pesakit bukan COVID-19.

"Perancangan itu dibuat mengikut fasa, di mana untuk permulaan Hospital Medan ini akan menempatkan pesakit yang sudah melakukan pembedahan atau pesakit yang berisiko rendah.

"Selepas itu, fasa kedua pihak petugas ATM akan membantu pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU), rawatan pembedahan dan kemungkinan rawatan lanjut seperti kecemasan,"katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di Hospital Medan ATM, Kompleks Sukan Tawau, di sini semalam.

Mengulas lanjut, sebaik sahaja semua pesakit bukan COVID-19 dapat ditangani oleh Hospital Medan ATM, kemungkinan Hospital Besar Tawau akan memberi fokus kepada pesakit COVID-19 sahaja.

"Bagaimanapun, ada di antara individu yang mengandung serta mempunyai penyakit kronik lain turut dijangkiti wabak COVID-19 dan mereka itu akan di tempatkan di Hospital Besar Tawau.

"Jika semuanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan, Hospital Besar Tawau mampu menampung 400 katil untuk pesakit COVID-19 dalam satu-satu masa,"katanya.

Dr Azman berkata, setakat ini statistik pesakit COVID-19 (kategorikan 4 dan 5) yang memerlukan alat bantuan pernafasan agak tinggi berbanding negeri-negeri lain di seluruh Malaysia.

"Kita bersyukur semua agensi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Semenanjung dan Sarawak dapat dihantar ke Tawau dalam membantu merawat pesakit COVID-19.

"Kakitangan KKM yang ada di daerah Tawau juga masih bersemangat untuk merawat pesakit COVID-19 dan meminta semua masyarakat dapat mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan supaya rantaian wabak dapat diputuskan,"katanya.

Terdahulu, kumpulan pertama petugas Hospital Medan ATM tiba di Tawau kira-kira jam 1.30 petang semalam yang akan membuat persiapan fasa pertama sebelum  mula beroperasi pada 20 Oktober depan.





Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-10-2020 04:38 PM | Show all posts

DR SHAMSUL


Komander Hospital Medan ATM di Tawau, Kolonel Dr Shamsul Bahary Muhamad ketika ditemui berkata, kumpulan yang tiba untuk penugasan fasa pertama ini termasuklah empat pegawai dan 32 anggota lain-lain pangkat.

"Manakala kumpulan kedua dijangka tiba pada 18 Oktober depan dengan peralatan tambahan merangkumi lebih kurang enam pakar perubatan dan 30 para medik daripada semenanjung,"katanya

Beliau berkata, penugasan yang diberikan termasuklah membantu mengurangkan beban Hospital Besar Tawau menangani kes-kes pesakit COVID-19 dalam beberapa fasa.

"Fasa pertama kita membuka wad pesakit am yang menempatkan 100 pesakit dalam satu-satu masa dan ianya direka berdasarkan peralatan yang mana pernah dijayakan di Serdang.

"Fasa seterusnya, Hospital Medan ATM ini akan menempatkan wad perubatan termasuklah untuk kes pembedahan, selepas bersalin dan kanak-kanak.

"Kompleks ini juga mempunyai struktur seperti bilik-bilik prosedur, makmal, X-Ray dan Farmasi yang mana ianya berfungsi sebagai kompleks tersendiri dengan bantuan sokongan logistik daripada Hospital Besar Tawau,"katanya.

Dr Shamsul berkata, semua pegawai dan anggota yang di hantar ke Tawau sudah menjalani saringan mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan KKM.

"Mereka juga sudah diberikan taklimat dan bersedia dari segi fizikal serta mental di samping itu, sebahagian besar mereka mempunyai pengalaman sebelum ini dalam bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara,"katanya.

Hamzah Sanudin

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:05 PM GMT+8 , Processed in 0.051376 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list