CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12054|Reply: 14

Aduh! Sakit Ditusuk Suami? Atasi Faraj Kurang Basah Dengan 8 Jenis Makanan Ini!

[Copy link]
Post time 23-10-2020 02:31 AM | Show all posts |Read mode









Seks adalah antara perkara yang sangat penting dalam kehidupan setiap pasangan suami isteri. Tanpanya, maka akan hambar dan tidak sempurnalah kehidupan di kamar tidur buat kalian berdua.
Pun begitu, ia tidak selalunya indah kerana ada sahaja masalah yang boleh timbul ketika projek asmara.
Kadangkala, ada isteri yang akan mengadu sakit tatkala ditusuk suami ketika sedang asyik melakukan proses penetrasi zakar ke dalam faraj. Kenapa?
Tentu sekali ia adalah disebabkan faraj kurang basah. Jom kita ikuti artikel ini untuk tahu cara mengatasinya!
Apa punca faraj kurang air ketika berasmara?

Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita tahu apa punca sebenar faraj kering terlebih dahulu.
Faraj kurang basah adalah disebabkan oleh kekurangan air yang keluar pada permukaan alat sulit wanita ketika zakar memasukinya.
Cecair ini adalah penting untuk dijadikan sebagai pelincir semula jadi bagi memudahkan proses senggama.





Namun, tidak semua isteri mampu menghasilkan banyak air ketika bersama suami disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah:
#1. Perubahan hormon buat faraj kering

Kelembapan miss V wanita adalah sangat bergantung kepada tahap estrogen dalam tubuh badan dan jika ia menurun secara mendadak maka kondisi faraj kering boleh terjadi.
Menopaus bukan satu-satunya perkara yang akan mengurangkan kadar estrogen malah terdapat perkara lain seperti penyusuan susu badan serta pengambilan pil perancang.
#2. Pengambilan ubatan & rawatan tertentu

Ubatan tertentu yang digunakan untuk merawat fibroid, endometriosis, asma, kanser atau penyakit mental boleh jadi punca isteri kurang air ketika bersama suami.
Bukan itu sahaja, rawatan tertentu seperti pembedahan pembuangan ovari serta ‘douche’ alat sulit wanita juga boleh menjadi punca yang menyebabkan masalah ini.
#3. Durasi foreplay yang tidak cukup

Foreplay atau ringan-ringan adalah adegan asmara sebelum proses penetrasi dijalankan.
Ia merangkumi bersentuhan, berpelukan, berciuman dan menikmati tubuh badan masing-masing bagi merangsang nafsu syahwat.
Proses ini sangat perlu dilakukan sebelum memasukkan zakar ke dalam faraj bagi memastikan isteri banyak air ketika bersama suami.




#4. Baru mula atau habis haid

Kitaran menstrual wanita akan menentukan peningkatan dan penurunan hormon estrogen.
Sewaktu anda baru mula atau habis datang bulan, inilah ketika kadar hormon estrogen menurun lantas mengakibatkan masalah faraj kering.
Dalam pada itu, penggunaan tampon semasa haid juga akan mendatangkan impak sama kerana ia dicipta khas untuk menyerap kelembapan.
#5. Anda stres buat faraj kering

Buat anda yang belum tahu, rangsangan seksual bukan sahaja bergantung kepada tindak balas fizikal semata-mata malah mental juga.
Stres boleh mengakibatkan kondisi yang dinamakan ‘mental block’ sekali gus menyukarkan rangsangan serta pengeluaran cecair dari faraj.
Oleh itu, cuba elak stres demi seks di kamar tidur yang lebih sihat dan sejahtera.
Apa boleh lakukan supaya isteri banyak air ketika bersama suami?

Baiklah, sekarang kita sudah tahu punca faraj kering ketika melakukan hubungan seks.
Persoalannya, apa yang boleh dilakukan untuk isteri banyak air ketika bersama suami?
Jawapannya adalah penting untuk kalian teliti semua punca di atas dan lakukan sebaliknya!





Selain itu, para wanita juga mungkin boleh cuba amalkan 8 jenis makanan berikut untuk kesihatan miss V serta kehidupan seks yang lebih baik:

  • Buah kranberi – tinggi dengan sebatian asid, antioksidan, vitamin E dan vitamin C yang boleh melawan bakteria daripada menyerang dinding pundi kencing.
  • Buah avokado – tinggi dengan lemak yang sihat, potasium dan vitamin B-6 yang berupaya meningkatkan libido, estrogen dan lubrikasi faraj.
  • Buah epal – phytoestrogen phloridzin yang terkandung di dalamnya membantu merangsang fungsi seksual, rangsangan, orgasma serta lubrikasi faraj.
  • Kacang soya – phtoestrogens yang terdapat di dalamnya hampir menyerupai estrogen dalam tubuh badan yang boleh membantu menyelesaikan masalah kurang estrogen serta faraj kering.
  • Ubi kentang – tinggi dengan beta karotena dan vitamin A yang mampu membantu melindungi dan menguatkan dinding rahim serta bagus untuk mereka yang ada polycystic ovary syndrome (PCOS).
  • Lemak sayuran – kaya dengan lemak asid Omega-3 yang boleh melancarkan pengaliran darah sekali gus menyemarakkan lagi kemahuan dan kemampuan seksual serta menyelesaikan masalah faraj kering.
  • Tumbuhan hijau – kaya dengan vitamin E, magnesium dan kalsium yang sangat bagus untuk semua otot dalam tubuh badan termasuklah otot faraj sekali gus membuat isteri lebih banyak air ketika bersama suami.




Sumber : hellodoktor.com






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2020 08:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Jemput jempat.. membincangkan topik ini dgn munyungguhnyaa..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 09:40 AM | Show all posts
Info yang menarik
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Suruh laki ludah sikit kat zakar tu... hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 08:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Alang alang cerita pasal miss v siape boleh bagi tips nak putihkan and hilangkan kerak di miss v
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2020 08:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Faktor utama aku rasa ransangan.. kau kita bernafsu dgn seseorg tu mst cpt berair.. sembang2 biasa pun dah berair.. tp kalau kurang teransang batang dah masuk pun air tak byk... gitewwe.. tp bergantung pd pengalaman masing2 la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-10-2020 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 23-10-2020 08:40 AM
Jemput jempat.. membincangkan topik ini dgn munyungguhnyaa..

Apa yang hang menyungguh bincang kehkeh..terbaik tt!siap mcm nota ada kaler2 utk main point..err camtu eh link kohkoh
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 02:11 AM From the mobile phone | Show all posts
HYSB: Alang alang cerita pasal miss v siape boleh bagi tips nak putihkan and hilangkan kerak di miss v


Laser kat klinik aesthetic.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2020 11:50 AM | Show all posts
pernah 2-3 kali tu melecet sebab kering sgt, tak pasal2 aku kena infection, so jgn main main bab bab basah kering ni, kalo nak rasa mcm mana peliar korang bengkak dipersila kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 12:42 PM | Show all posts
HYSB replied at 23-10-2020 08:03 PM
Alang alang cerita pasal miss v siape boleh bagi tips nak putihkan and hilangkan kerak di miss v

mmber ckp pakai apple cider.. dia basuh guna tu la kt miss v..
dia kta makin cerah la.. brtul ke idak xtau la..sbb aku xpenah la tgk sblm dan slepas 🙊
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2020 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
nasha82 replied at 25-10-2020 12:42 PM
mmber ckp pakai apple cider.. dia basuh guna tu la kt miss v..
dia kta makin cerah la.. brtul ke  ...

Hahahahhaha tulah takkan nak tunjuk resultkan.. terima kasih kaka
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Peerrrh tajuk dahsyat. Patutnya dlm forum ni kena ade rate 18+ pembacaan.
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 01:31 PM | Show all posts
reporter cari bukak tred ni sbb terinspirasi dgn benang aku ke
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2021 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
*cough**cough*

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2021 11:31 AM | Show all posts
no wonder byk content budak2 kat tiktok minum air cranberry nih.
hawau sungguh budak zaman skang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 12:19 PM GMT+8 , Processed in 0.067544 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list