Lelaki membunuh isterinya selepas dibayangi 'hantu' wanita itu kerana takut kantoi curang dengan beberapa lelaki.
Tukang cuci hotel Upendra Ihalehewa, 46, menikam isterinya, Darshika Nilmini Kudaligama Withana di rumah mereka di Perth, Australia, tahun lepas ketika mangsa ingin memicit kepala tertuduh yang baru pulang dari kerja.
Kredit foto: Facebook/Daily Star
Daily Star melaporkan, mahkamah dimaklumkan tertuduh yang menghidap skizofrenia paranoid, dibayangi 'hantu isterinya dalam pelbagai wajah' mendorong dia membunuh mangsa.
Ihalehewa yang menjalin hubungan intim dengan lelaki ditemuinya menerusi aplikasi janji temu Grindr tanpa pengetahuan isterinya menikam mangsa di dada dan leher menggunakan pisau dapur.
Lelaki itu bagaimanapun didapati tidak bersalah melakukan pembunuhan itu kerana mengalami masalah kesihatan mental dan hakim memutuskan bahawa dia berada dalam keadaan psikosis ketika kejadian.
Ketika ditahan, tertuduh mendakwa dia melihat 'penjelmaan lembaga'.
Dia berkata kepada polis isterinya muncul 'tiba-tiba seperti hantu' dan dia 'datang untuk membawanya pergi'.
Dakwanya, mangsa mengatakan kepadanya "Sekiranya kamu datang ke Sri Lanka, aku akan meminta teman-temanku membunuhmu".
Kredit foto: Facebook/Daily Star
Sementara itu, Daily Mail melaporkan mangsa cuba memicit kepala suaminya yang kelihatan stres sebaik pulang dari kerja sebelum tertuduh secara tiba-tiba hilang pertimbangan dan menikam isterinya di leher.
Pakar psikiatri Dr Adam Brett mendapati tiada bukti mencukupi untuk menyokong teori Ihalehewa membunuh isterinya kerana kecenderungan seksualnya.
Buat masa ini, Ihalehewa ditahan di pusat psikiatri hingga dibenarkan discaj. - CARI |