Nampaknya setelah dikaitkan dengan jalan cerita yang sama dengan drama dari luar negara, drama rantaian, Hati Yang Tersakiti kini berdepan dengan satu lagi masalah.
Isu ini membabitkan plagiat poster yang hampir sama dengan poster drama Thailand, Plerng Boon yang telah disiarkan pada tahun 2017.
Foto :Twitter
Walaupun pelakon utama Slot Samarinda ini, Nad Zainal menegaskan jalan ceritanya tidak meniru drama rantaian popular Korea, World of The Married, namun dengan pendedahan ini, ianya seperti terpaksa menjilat ludah sendiri.
Bukan sahaja posternya yang ditiru, tetapi juga jalan cerita yang hampir sama.
Foto : Twitter
Ia turut dipersetujui oleh netizen lain dengan menyatakan bukan ini caranya untuk mengangkat martabat drama-drama Melayu.
Foto : Twitter
Foto : Twitter
Wah! Sangat hampir sama. Nampaknya produksi filem perlu lebih kreatif menghasilkan karya yang asli kerana peminat sekarang makin cerdik. - CARI
|