View: 9730|Reply: 113
|
Sokong Karikatur Nabi, Presiden Perancis Cuba Hidupkan Semula Perang Salib?
[Copy link]
|
|
Arab dan negara Muslim menggesa produk keluaran Perancis diboikot susulan presidennya, Emmanuel Macron menyatakan sokongan terhadap perbuatan menggambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai kartun bukan perkara salah.
Beliau dengan angkuhnya menyatakan Perancis tidak akan menghalang penghinaan terhadap Islam dan Nabi dalam bentuk karikatur.
Kredit foto: CNN
Ia susulan kematian seorang guru, Samuel Paty yang dipenggal pada awal bulan ini selepas menunjukkan karikatur Nabi di dalam kelas dan menganggapnya sebagai kebebasan bersuara.
Berikutan itu, presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Isnin dalam perbahasannya menyeru rakyatnya memboikot produk Perancis.
Beliau juga menggesa pemimpin Eropah mengatakan 'tidak' pada Macron dan kempen kebenciannya.
Sementara itu, lebih 50 cawangan rangkaian pasaraya di Kuwait merancang untuk memboikot produk dari negara berkenaan.
Keadaan di sebuah pasaraya di Kuwait yang memboikot produk Perancis
Kredit foto: CNN
Jordan juga melancarkan kempen boikot di mana beberapa kedai runcit menggantungkan papan tanda yang menyatakan bahawa mereka tidak menjual barangan keluaran Perancis.
Begitu juga sebahagian kedai di kedai di Qatar termasuk rangkaian pasaraya Al Meera yang memiliki lebih 50 cawangan di rantau Arab.
Manakala Universiti Qatar akan menangguhkan Minggu Budaya Perancis sehingga dimaklumkan kelak.
Sementara itu, Sinar Harian melaporkan gerakan Hamas dalam satu kenyataan menerusi jurucakapnya, Sami Abu Zuhri berkata, pendirian Macron itu adalah cubaan untuk menghidupkan semula Perang Salib yang pernah dicetuskan Perancis sebelum ini. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia tak nak boycott ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat msia ni selalunya hangan2 taik ayam je kalau nak boikot memboikot |
|
|
|
|
|
|
|
amerika tengah cari peluang utk perang ... sama istilah dgn mei 13, nak cari 'musuh baru' utk menyatukan rakyat amerika, cara terbaik utk pudarkan dendam antara kulit hitam dan omputih
so rakyat Malaysia perlu berhati hati ... ejen yahudi aka pengkhianat bangsa tak habis habis cari peluang utk bangkitkan sensitif rakyat keluar merusuh spt Thailand dan indon |
|
|
|
|
|
|
|
Ya la tu.. aku pon salah seorg rakyat malaysia yg hangat2 taik ayam tu. Isu ni memang tengah hangat skrg tapi kat msia orang tak ambil tau sgt. Sibuk dengan isu covid dan politik dlm msia agak nya. |
|
|
|
|
|
|
|
oh itu yg mcm aku dengar pASal rusia makin helok perangai tu... dah makin terbuka dgn islam dan dah tinggalkan komunis. jadi rusia mendapat tempat di hati orang islam. lepastu org amerika takut.. itu ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Orang islam dah kena jerat.
What do u expect when kafir lukis kartun konon itu nabi kita??? Of course niat jahat diorang nak provoke, nak orang Islam mengganas.
And what we do? Masuk perangkap again. Kartun kot? Esok dia lukis nabi bulat, lusa macam segi tiga, tulat pula empat segi...hell, who knows macam mana rupa Nabi?? Yg kita nak marah2 mcm org gila ni apahal? |
|
|
|
|
|
|
|
biozipstar replied at 27-10-2020 06:55 PM
oh itu yg mcm aku dengar pASal rusia makin helok perangai tu... dah makin terbuka dgn islam dan da ...
Putin seribu kali lg bagus dari macroni dan trump. Sekurang2 nya dia tak incite islamophobie dan racisme pada rakyat2 dia. |
|
|
|
|
|
|
|
brownstone replied at 27-10-2020 06:59 PM
Orang islam dah kena jerat.
What do u expect when kafir lukis kartun konon itu nabi kita??? Of co ...
Kalau orang insult mak bapak kita pon kita marah. Pada aku tindakan boycott ni antara jalan yang baik utk sedarkan macron untuk hormat orang2 beragama.
Tindakan sembelih cikgu tu mmg aku condemn lah. Tapi tak mustahil pon kalau benda ni pon dibuat/dirancang geng2 macron sendiri utk bg rakyat dia benci org islam. |
|
|
|
|
|
|
|
Itu sebab la x perlu nak extremis sgt.x perlu nak rasa terhina sgt. x pasal2 org yg x bersalah kena nanti. Mmg x belajar dr sejarah lampau ke? |
|
|
|
|
|
|
|
apa product France ya? boleh cuba avoid untuk beli |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zjen at 27-10-2020 07:47 PM
biar weols senaraikan siapa yg mebi akan di serang ... Rusia dan China terlalu kuat, amerika akan cari yg lemah sikit punya
Venezuela ... rasa nye tak mungkin, Rusia akan hantar tentera bantu dia
Korea Utara ... lagi tak mungkin, sbb ada peluru yg boleh sampai ke amerika, lagipon amerika dah penah kalah perang korea zaman 50 an
Iran ... juga tak mungkin, Iran akan terus serang negara Arab dan Isreal, minyak Arab hanya jual amerika utk kontrol ekonomi dunia
Syria, Iraq, Afghanistan dah hancur , kalu serang pon takan bangkit rakyat amerika bersatu ... kalu indon kene, weols just mampu layan popcorn jelah, senjata weols pon tak berdaya wat pape, asalkan rakyat mesia stay at home menjinakan COVID dgn elok elok, jgn kasi amerika masuk dlm senarai utk di serang
|
|
|
|
|
|
|
|
kurenblack replied at 27-10-2020 07:05 PM
Kalau orang insult mak bapak kita pon kita marah. Pada aku tindakan boycott ni antara jalan yang b ...
Exactly! (persis Vivy Yusof)
Yg pancung kepala tu salah. Kita nak Islam disanjung (respek) bukan digerun (terror). |
|
|
|
|
|
|
|
Lolalala replied at 27-10-2020 07:37 PM
apa product France ya? boleh cuba avoid untuk beli
O&g - Technip, Total
Airlines - Air France
Carrefour (dah xde kat Msia)
Sesetengah produk wine, tenusu, perfume, beg tangan, jam tangan mewah.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak product untuk golongan T20 ja eh.. marhein macam aku habis2 pon boycott l'oreal saja |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mahu boycotte.. Habis lah acik acik perlu buang bag LV |
|
|
|
|
|
|
|
Iols baru order decathlon baru ni..company france jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Giler ganas cikgu tu kena beheaded kan? |
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 27-10-2020 08:07 PM
Iols baru order decathlon baru ni..company france jugak
Alah... decathlon ni memang cabaran besar nak boycott. Barang sukan dia murah2 kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|