Majlis 'baby shower' sepatutnya diraikan dengan gembira oleh ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata.
Sebaliknya yang berlaku apabila seorang lelaki membuat pendedahan secara terbuka bahawa kandungan itu bukan anaknya.
Kredit foto: the Sun
Dalam rakaman video di majlis berkenaan, lelaki itu juga menunuh wanita terbabit menjalin hubungan dengan salah seorang tetamu.
Video itu dikongsikan menerusi laman Reddit dan The Sun masih belum mengenal pasti kesahihannya.
Menurut terjemahan Reddit, lelaki yang bertutur dalam bahasa Sepanyol itu berkata kepada tetamu, "Ini peguam saya dan kami membawa dokumen.
"Kalian tahu saya menjangkakan kehadiran bayi lelaki. Tetapi kalian tidak tahu sebenarnya dia (isteri) bukan hamil empat bulan, sebaliknya usia kandungannya sudah mencecah enam bulan. Ini buktinya," katanya sambil menunjukkan bukti ujian kehamilan.
Kredit foto: the Sun
Di sampingnya, kelihatan wanita itu merayu agar suaminya menghentikan perbuatannya, namun tidak diendahkan.
Peguam terbabit kemudian menayangkan rakaman video aksi intim wanita berkenaan dan 'kekasih gelapnya'.
"Ia bukan anak saya. Majlis ini untuk meraikan mereka," ujarnya.
Kredit foto: the Sun
Majlis itu kemudian menjadi kacau-bilau apabila wanita terbabit dilihat mengejar suaminya yang melangkah pergi meninggalkan majlis manakala kekasihnya dimaki hamun tetamu. - CARI
Post time 3-11-2020 02:12 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Macam telenovela plak laki die buat. Mesti dah lame saspek ni, siap boleh letak hidden camera lagi. Bace komen org2 sane, bapak ppuan tu marah pasal skandal die screw his 2 daughters at the same time. Laki tu pregnantkan perempuan tu and at the same time dating dgn sister perempuan tu. Memang layak kena hempuk la jantan tu.
main dgn opismate. main dgn boss. main dgn client.
kat forum ni pun ada,
skandal sampai terberanak,
laki nya entah tau ker tak
dna test kena jadi mandatory,
baru sign birth certificate.
takut sket orang nak skandal sana sini.
yang buang baby merata tu pun patut guna prosedur yang sama,
mintak bapak haramjadah ni tanggung jaga baby dia ni semua.
baru kurang kes cret merata ikut suka dia