CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2292|Reply: 15

Penjawat Awam Positif Dadah, Curi Kereta

[Copy link]
Post time 4-11-2020 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Polis menahan penjawat awam yang mencuri sebuah kereta pada Sabtu lalu.


Harian Metro melaporkan, polis menerima laporan daripada lelaki berusia 17 tahun yang bekerja sebagai mekanik.








Dia mendakwa menyedari Proton Wira miliknya hilang selepas dimaklumkan rakan jam 10 pagi, Jumaat lalu.


Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pasukan Task Force menahan suspek, 38, jam 3.20 pagi selepas didapati memandu dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan 4/2 pandan Indah.

"Hasil siasatan lanjut yang dijalankan ke atas suspek menjumpai pelbagai peralatan untuk menghisap dadah.

"olis kemudian merampas Peralatan menghisap dadah dan kunci kereta serta alat kawalan," katanya.




Kredit: foto: Harian Metro




Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek postitif methampetamine selain memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952. - CARI

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-11-2020 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorang ni salah laku teruk baru kena buang.. kalau x jgn harap walau kerja x ok
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagi tindakan sekali kat majikan
Kenapa ada pjwt awam smpai 2 kes dadah msh bgelar pjwt awam
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 05:58 PM | Show all posts

Pemeriksaan yang dilakukan ke atas kereta dipandu suspek turut menemui satu peket plastik dipercayai berisi dadah serta peralatan menghisap dadah.

Anggota bomba curi kereta dicekup

Oleh EDDY AQMAL MOHAMED HAMIDI
4 November 2020, 5:38 pm

AMPANG – Seorang anggota bomba ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian curi kenderaan di Jalan Pandan Indah di sini pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Esha berkata, pihaknya telah menerima satu laporan daripada seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang bekerja sebagai seorang mekanik pada 30 Oktober lalu.

“Pengadu mendakwa telah dimaklumkan oleh rakannya bahawa kereta jenis Proton Wira miliknya yang diletakkan di Jalan Pandan Indah telah tiada dan disyaki dicuri.

“Pada keesokan harinya, kira-kira pukul 3.20 pagi, pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki yang memandu sebuah kereta Proton Wira dalam keadaan mencurigakan di tepi jalan Pandan Indah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Mohamad Farouk, pemeriksaan yang dilakukan turut menemui satu peket plastik disyaki berisi dadah dengan peralatan menghisap dadah.

“Semakan yang dilakukan mendapati suspek berusia 38 tahun itu merupakan seorang anggota bomba dan memiliki dua rekod jenayah lampau berkait kes dadah selain positif dadah jenis methamphetamine.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 379(A) Kanun Keseksaan, Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya,” tegas beliau. – K! ONLINE


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 06:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian hidup jadi gitu
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 06:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada keeje elok2, buat perangai mcmni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-11-2020 11:17 PM From the mobile phone | Show all posts
ahli bomba? alahai mulia dh keje ko tp buat taik plak napela
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2020 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
mesti rekod buruk tu, entah2 keje pun ikut gaji hari...
patutnye sebulan xdtg tanpa sbb buang je ramai lg yg memerlukan kerja
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-11-2020 12:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Memandu dlm keadaan mencurigakan tu macamana ya? Terfikir jugak meols, takut2 abam polis syak meols curi kereta, padahal meols selalu blur cari jalan  {:freak
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 09:36 AM | Show all posts
Penjawat awam tu ahli bomba. Patut kena siasat satu balai ni. Mungkin ada ahli bomba lain pun terjebak sama.
Reply

Use magic Report

Post time 5-11-2020 05:07 PM | Show all posts
Carcosa replied at 5-11-2020 12:47 AM
Memandu dlm keadaan mencurigakan tu macamana ya? Terfikir jugak meols, takut2 abam polis syak meols  ...

'. Maybe jenis terhuyung hayang bawa  kereta
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2020 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap kereta masih ok
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2020 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Takpe. Nanti hukuman sekadar kena transfer.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2020 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Malu gila bomba curi kereta budak umur 17 tahun. Bunuh diri ja la woi!
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2020 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Gila..dah ada 2 kes dadah masih simpan dalam service. Tido ke apa hr and top mngment bombas ni. Ada report polis, laporan perubatan ko submit je la to spa utk buang. Apa yg susah sgt
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2020 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
syaz_lina replied at 6-12-2020 08:49 PM
Gila..dah ada 2 kes dadah masih simpan dalam service. Tido ke apa hr and top mngment bombas ni. Ada  ...

Salah satu sebab mengapa ummah gomen sukar dibuang kerja adelah kerana majikan/pihak atasan tolong atas dasar kasihan. Cikgu2 pun camtu la. Buat taik tapi masih berkhidmat. Jika guru besar/pengetua report pegi PPD or JPN pun paling2 dipindahkan tempat bertugas saja. Melayu tolong Melayu, bumiputera Sabah/Sarawak tolong bumiputera Sabah/Sarawak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 02:11 PM GMT+8 , Processed in 0.090505 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list