Bekas penasihat media kerajaan Pakatan Harapan (PH) Datuk Kadir Jasin menyindir atau troll Datuk Seri Najib Tun Razak apabila dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) di Parlimen.
Kredit foto: Malay Mail/The Sun Daily
“Tak apalah kerana BN pun bukan kerajaan lagi. Jadi kelab ini lebih kurang macam Kelab Suka Ria Pemuda Pemudi zaman dulu,” sindir Kadir kepada Najib yang popular dengan panggilan Bossku.
Kadir melancar serangan terbaharu selepas Najib mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk berbahas.
Menurut Kadir, Dr Mahathir menganggap bahas di antara beliau dengan Najib selesai apabila Najib didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 27 Julai lalu dan dihukum penjara 12 tahun serta denda RM210 juta kerana pecah amanah RM42 juta duit SRC International Sdn Bhd.
Sumber: Suara Merdeka |