Justeru, ramai tertanya-tanya berapa harga dan nilai semua barangan dipakai Cik B itu.
Tidak mahu netizen terus berteka-teki, Cik B memuat naik satu foto memaparkan nilai setiap barangan jenama mewah yang dipakainya.
Lebih mengejutkan, harga penampilannya dari atas hingga ke bawah mencecah sehingga RM118,460!
Kredit foto: Twitter
Apa yang pasti, netizen tergamam dengan pendedahan Cik B itu, malah ada yang mengatakan harga cincin Cik B sama harga dengan motosikal mereka.
Lucu juga bila ada yang bergurau mahu bekerja dengan Cik B.
Sumber:
ROTIKAYA