View: 2273|Reply: 17
|
Cikgu Mengaji Dibunuh Lepas Tuntut Jiran Bayar Hutang
[Copy link]
|
|
Bogor: Nyawa seorang guru mengaji di Kampung Lingkungan Dua Citatah Dalam di sini, melayang hanya kerana menuntut jiran membayar kembali hutangnya, semalam.
Mangsa berusia 28 tahun ditemui mati di dalam perigi yang ditutup dengan konkrit di belakang rumahnya.
Polis Bogor memaklumkan, suspek berusia 40 tahun berhutang dengan mangsa berjumlah satu juta rupiah (RM286) namun enggan membayar wang itu.
Foto: Harian Metro
Kompas.com melaporkan mangsa kemudiannya pergi ke rumah suspek yang terletak tidak jauh dari rumahnya untuk menuntut hutang.
"Suspek tinggal hanya 100 meter dari rumah mangsa bagaimanapun enggan melayan tuntutan mangsa sebaliknya menjadi berang.
"Akibat hilang pertimbangan, suspek kemudian memukul dan memijak mangsa sehingga patah leher," katanya.
Disebabkan tidak mahu perbuatannya diketahui jiran sekampung menyebabkan suspek membawa mayat mangsa sebelum membuangnya di dalam perigi.
Bukan itu saja, suspek menyimen perigi itu bagi memastikan perbuatannya tidak diketahui sesiapa.
Namun kehilangan mangsa dilaporkan keluarganya kepada polis sebelum siasatan dijalankan.
Hasil risikan, polis berjaya menahan suspek di rumahnya dan dia mengakui terbabit dalam kejadian itu.
Sementara itu, Ketua Polis Cibinong AKP I Kadek Vemil mengesahkan kejadian dan berkata suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut. -CARI
Sumber:Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Jgn sekali kali bagi pinjam.. nanti kita pulak yg merayu cam kita pulak yg berhutang... ckp je xda duit... koserrrr |
|
|
|
|
|
|
|
aku kalau bg pinjam setakat yg aku boleh pejam mata x bayor pun takper
kira x bayar aku halalkan je
aku pun x tingat2 dia hutang aku |
|
|
|
|
|
|
|
nak bagi hutang, sama macam kau nak sedekah.
kalau tak, jangan bagi.
orang berhutang dgn aku dekat 5 angka.
lebih 10 tahun, masing2 buat bodo. bila jumpa lepak, manjang citer problem.
kat medsos bukan lagi tayang lifestyle, beli itu ini, travel oberc.
cam hamjadah.
last2 aku halalkan je semua.
sebab dalam Quran ada ayat kalau kita halalkan maka itu lebih baik.
Wallahualam. |
|
|
|
|
|
|
|
sbb tu aku skrg cuba elakkan bagi pinjam, nnt kita pulak terkemut2 malu nak mintak balik, kena pulak peminjam gila mcm ni, kita yg mati |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab tu makin ramai tak berani nak bagi pinjam duit zaman sekarang ni. Bukan sebab kedekut atau tak nak tolong tapi bimbang akan jadi macam dalam kes ni. |
|
|
|
|
|
|
|
dah bagi pinjam eh alih2 mcm ko pl yg bg pinjam..siap ko pukul lg.padan muka ddk lah kat penjara tu diam2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kebanyakkan orang yang berhutang ni takde niat nak bayar balik pun lepas dah pijam duit. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada je org brhutang mintk mcm2 alasan bab_ ni bg last2 malas aku nk mintk last msj aku bg aku basuh cukup2 yg penting aku haramkn duit tu bab_ ni ambk aku doakn lg kt dunia ko mampus dgn keturunan ko sekali sia_ |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg vavi sgt kategori yg meminjam pastu x sedar diri.
Paling setan leh upload status gi beli mcm2, pastu bile kite mention hutang siap marah, and cakap xde duit |
|
|
|
|
|
|
|
Gantung sampai mati aja, nyawa di balas nyawa, biarin keluarga suspek menangis atas perbuatannya |
|
|
|
|
|
|
|
Zmn skrg zmn pelik...org yg beri hutang pulak mcm org yg berhutang..nk dptkan haknya blk..tp dikecam |
|
|
|
|
|
|
|
aku ada sorg berhutang dgn aku 5 angka
bertahun dah lah
tiap tahun aku wasap dia igtkan psl hutang dia tu
dia baca tp x reply pun
aku rs ujung thn ni aku nak bt mcm ko lah
mesej dia... tazkirah, ceramah bagai semua ni
xnak halalkan hutang tu
duit aku, penat lelah aku simpan duit tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Setuju dengsn forummer.......bagi pinjam umpama bagi sedekah dan setakat mana kita bolih halalan toiyibban. Jangan dudok korek duit padahal kita sendiri dok hadap. Kalau adik beradik.....ini cerita lain. Mungkin kasih sayang mengatasi segalanya |
|
|
|
|
|
|
|
TabletSusu replied at 15-11-2020 08:36 PM
aku ada sorg berhutang dgn aku 5 angka
bertahun dah lah
tiap tahun aku wasap dia igtkan psl huta ...
btl tu beb,ada plk yg ckp halal kn je biar hidup tenang pale bana ko ko ckp pemberi hidup tenang klau halalkn duit yg kena rembat oleh peminjam ko ingt duit tu dtg dr langit jmp dkt longkang ko x fikir ke mcm mn pemberi tu nk dptkn duit titik peluh dia lepas tu org seronok joli katak duit tu bt mcm duit sendiri!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Member hutang 4angka senyap camtu jer. Lepas tu dah tak boleh nak kawan dah. Geng2 lain memang still kawan,lepak2. Si penghutang jer lah terpinggir sorang2. Pesan kat semua geng, kalau i mati bagitau penghutang tu semua hutang halal. Tak lama pastu elok pulak dia msg mintak no acc nak bayar sikit2. Walapun tak habis bayar tapi adalah jugak bayar. Dah tak harap, dah bayar tu ambil jer lah kan |
|
|
|
|
|
|
| |
|