View: 1754|Reply: 12
|
Sembang Di Telefon Kuat Sangat, Punca Bergaduh Sampai Mati
[Copy link]
|
|
Segamat: Polis menahan lapan warga asing yang bekerja di tapak pembinaan di Taman Kenari, Bukit Siput, di sini,. bagi membantu siasatan kes bunuh seorang lelaki Bangladesh dalam pergaduhan, Selasa lalu.
Mangsa berusia 44 tahun mati digilis tiga kali dengan kereta Proton Gen2 dipandu suspek warga Indonesia dikenali 'Amir', 25, yang kini menjadi buruan polis selepas kejadian pada 10.55 malam itu.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, mereka ditahan terdiri daripada tujuh lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki Myanmar berusia di antara 29 hingga 53 tahun.
"Mangsa maut di lokasi kejadian akibat digilis tiga kali ketika menghalang kereta Proton Gen2 dipandu suspek dalam usahanya melarikan diri.
"Sebelum melarikan diri suspek turut menikam seorang lagi lelaki warga Bangladesh berusia 30 tahun menggunakan pisau pemotong sayur mengakibatkan kecederaan di bahagian badannya.
"Susulan kejadian itu, suspek melarikan diri dengan memandu Proton Gen2 dan kereta itu kemudiannya ditemui ditinggalkan suspek empat kilometer dari lokasi kejadian," katanya pada sidang media di Unit K9 di Bukit Siput, di sini, hari ini.
Amir (gambar kecil) dicari, Foto: Harian Metro
Hadir sama, Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin dan Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat.
Beliau berkata, susulan itu, sepasukan polis ke lokasi kejadian sebelum menemui mangsa dalam keadaan parah dan kemudian disahkan meninggal dunia.
Menurutnya, siasatan awal mendapati punca pergaduhan disebabkan mangsa tidak berpuas hati apabila suspek bercakap dengan kuat menggunakan telefon bimbit sehingga mengganggu dia dan rakannya yang sedang tidur di rumah kongsi mereka.
"Berang akibat ditegur, suspek memanggil beberapa rakannya warga Indonesia untuk menyerang kumpulan warga Bangladesh itu sehingga tercetus pergaduhan.
"Sehubungan itu, orang ramai yang memiliki maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kanan (SIO) Asisten Superintendan Norisyah Abdul Rahim di talian 07-9312222 atau 019-6507299.
"Semua suspek kini direman lima hari sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. -CARI
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aduhai ruginya kalau ikut amarah |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm jiran atas rumah iol. Kalau bersembang telefon tak reti nak cari port dalam rumah? Ni sampai ke jalan besar depan tu agaknya dengar details conversation dia. Projek juta2 puih. Gelak mcm langsuir. Anak2 mcm monyet terjerit sana sini melompat terkinja mcm nak runtuh siling. Emosi betul iol yihhhh |
|
|
|
|
|
|
|
org yg cakap kuat ni samada terbiasa atau dia mmg kurang pendengaran
terbiasa kalo mmg kerja kat kawasan yg bising |
|
|
|
|
|
|
|
tak simpati ngn bangla..meme cam ni la drng ckp kt tepon tak kira kat mana....syukur ko bangla 'warga Msia' ckp jer...sekali indon mai..dia tak ckp..dia terus 'buat'.Amik ko...bangla. |
|
|
|
|
|
|
|
234126: Mcm jiran atas rumah iol. Kalau bersembang telefon tak reti nak cari port dalam rumah? Ni sampai ke jalan besar depan tu agaknya dengar details conver ...
Ambil video. Bila dah tiap hari macam tu, buat repot polis mengganggu ketenteraman.
|
|
|
|
|
|
|
|
Yelah.. Bangla ni kadang2 cakap macam orang pekak.. Terjerit2 kat phone.. Kalau kat site dah lama kakyung makikan je.. Bergema2.. Kalau sorang dah sakit hati.. Ni kan pulak sampai 2 3 orang bercakap time rehat tu |
|
|
|
|
|
|
|
ahahhaa zaman uni dulu...sebilik dgn kawan yg asikkkk bergayutttt je....bergayut slow volume tkpe gak....ni adoiyai
lps tu aku jenguk bilik kekwn lain...deme pon gayut gak...tp volume takde pon....
alahai nasib aku dpt roomate cmgitu...
|
|
|
|
|
|
|
|
Pekerja asing perangai macam ni menyusahkan je. Masing2 jaga lah tatatertib diri tu. |
|
|
|
|
|
|
|
merrissa replied at 6-11-2020 02:17 PM
ahahhaa zaman uni dulu...sebilik dgn kawan yg asikkkk bergayutttt je....bergayut slow volume tkpe ...
sakit jiwa kan hahaha tak paham sejenis cakap kuat kat phone ni |
|
|
|
|
|
|
|
dtg keje jauh2 last2 jd penjenayah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Meols sorang je ke yg baca, Yindon tu yg ckp kuat kat phone, then AbangLa sound?
Ke aku pun dah pening? {:yameteh |
|
|
|
|
|
|
|
Bayangkan ada 25,000 lagi warga bangladesh yg tak sabar-sabar nak masuk Malaysia. Bayangkan mereka ni di satu tempat dan bercakap di telefon |
|
|
|
|
|
|
| |
|