View: 1755|Reply: 12
|
Maut Kepala Dihentak Lesung Batu Lepas Suami Dengar Bisikan Ghaib
[Copy link]
|
|
Wanita maut kepalanya dihentak suami dengan lesung batu ketika tidur selepas lelaki itu 'mendengar bisikan ghaib'.
Liputan6 melaporkan, berikutan kejadian, polis menahan suspek berusia 42 tahun di rumahnya di Dusun Manrimisi Lompo, Sulawesi Selatan pada Isnin lalu.
Menurut polis, kejadian disedari ibu mangsa yang mengunjungi rumah mereka keesokannya dan mendapati menantunya hanya terpaku di samping mayat isterinya yang berlumuran darah.
Gambar hiasan
Ibu mangsa terus mengadu mengenai kejadian kepada imam dan ketua kampung sebelum polis tiba ke lokasi, lalu menahan suspek.
Difahamkan, suspek memukul isterinya dengan lesung batu dan sebatang kayu sekitar 1.30 pagi ketika isterinya tidur.
Ketika disoal siasat, suspek mendakwa terdengar bisikan ghaib meminta dia membunuh isterinya. Malah, dia mendakwa 'suara' itu berkata, isterinya curang dan akan berkahwin dengan lelaki lain.
Gambar hiasan
Menurut penduduk setempat, suspek mengalami masalah kesihatan mental.
"Suspek pernah dijangkiti malaria ketika ke Papua, dan sikapnya berubah sebaik pulang dari sana," kata jurucakap polis.
Tambahnya, pihaknya kini menunggu hasil pemeriksaan kesihatan mental suspek di Hospital Bhayangkara Makassar. - CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Yang kat sini dikelar..kat sana dihempuk..adoiii la apa nak jadi dunia skrg ni |
|
|
|
|
|
|
|
Besor mana lesung Tu?Takziah |
|
|
|
|
|
|
|
Jahat betul suara ghaib tu,elok2 tengah tidur kena hempuk plak.
Kenapa suara ghaib selalu hasut suh hempuk orang tak plak hasut malam2 buta suh g buat part time cari duit ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada juga suara ghoib yang sebenernya menyuroh kita melakukan sesuatu untok mengukur ujian sejauh mana kuatnya iman kita........ |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian, mati macam tu sekali disebabkan otak suami tak betul. |
|
|
|
|
|
|
|
siapa2 pernah kena bisikan2 ghaib ni?
kalau ada boleh share experience, sebab iols tak pernah kena tapi curious nak tahu macam mana benda ni boleh affect pada pengaruh minda seseorang...
bahaya weyyy |
|
|
|
|
|
|
|
Burong_Hantuk replied at 6-11-2020 11:27 AM
Besor mana lesung Tu?Takziah
Is it matter now
She's dead anyway
|
|
|
|
|
|
|
|
dudaberhias replied at 6-11-2020 07:49 PM
siapa2 pernah kena bisikan2 ghaib ni?
kalau ada boleh share experience, sebab iols tak pernah kena ...
Suara hati tu kira bisikan jgk ke
|
|
|
|
|
|
|
|
Tetiba teringat plak dok umh sorg2 laki takda.. terdgr suara laki dlm umh.. tgh msak dgr suara laki pggil ckp ‘ dah siap belum’ (dlm hati bila plak laki aku balik) smbil intai pintu dpn n ruang tamu kosong takda org.. eh, tu tak di kira bisikan ghaib kan |
|
|
|
|
|
|
|
Bahaya betul org skizo ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai yg "sakit jiwanya" {:freak |
|
|
|
|
|
|
| |
|