"Sebab muka seiras ke crush?"
Itu antara yang diperkatakan netizen apabila setiap tahun tanpa gagal PU Azman mengucapkan selamat hari jadi kepada aktor Korea Lee Dong Wook.
Malahan ucapan pendeknya iaitu Moga Allah membimbingmu mencuit hati netizen.
Foto : IG
Istimewanya aktor itu di hati PU Azman apabila dia mendedikasikan satu hantaran istimewa setiap tahun dengan ucapan yang mendalam.
Malahan obses tersebut boleh dilihat bukan sahaja pada hantaran hari jadi tetapi juga pada hantaran yang kononnya persamaan antara kedua-dua bintang itu, pada tahun lepas.
Foto : IG
Hal ini membuatkan ada netizen yang berspekulasi hantaran tersebut sebenarnya mahu mengingatkan persamaan antara wajah PU dengan Dong Wook. Atau adakah sesuatu yang lain?
Foto : Twitter
Walau apa pun, tiada salahnya meminati dan mendoakan yang terbaik kepada mereka yang bukan Islam kan? - CARI
|