CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4225|Reply: 25

"Bagi sama rata kepada semua penggiat seni tanah air,"-Jamal Abdillah

[Copy link]
Post time 7-11-2020 09:04 AM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Penggiat seni tanah air berharap peruntukan sebanyak RM15 juta terhadap penggiat seni dan petugas produksi belakang tabir sempena Belanjawan 2021, hari ini, dapat agihkan secara menyeluruh kepada semua yang berhak.


Peruntukan kepada Agensi Pembangunan Ekonomi Seni Budaya atau Cendana untuk melaksanakan pelbagai program kesenian dan kebudayaan itu bakal memanfaatkan lebih 5,000 penggiat seni dan petugas produksi belakang tabir.




Penyanyi popular Datuk Jamal Abdillah berkata, keputusan ini wajar dihargai dan penggiat seni perlu bijak memanfaatkan peruntukan ini untuk kelangsungan kerjaya mereka.




Foto: IG


"Dulu kerajaan bagi peruntukan sebanyak RM200 juta menerusi Cendana, tapi tak ramai penggiat seni yang minta. Kini, jumlah RM15 juta adalah kecil tapi dalam keadaan sekarang sudah dikira memadai.


"Hakikatnya kita ada ramai penganjur acara dan dicampurkan semua melebihi 5,000 produksi. Rasanya jumlah ini tak cukup tapi Insya-Allah jika kerajaan prihatin, mereka akan agihkan secara menyeluruh kepada semua.


"Ia cukup untuk menganjurkan program. Jika saya berhajat mengadakan konsert untuk barisan hadapan di Istana Budaya dan mereka boleh beri sekitar RM300,000 hingga RM500,000, okaylah. Seeloknya beri kepada mereka yang mempunyai rekod yang bagus dan bukan kepada yang baru nak mencuba," katanya.


Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (Profima), Kapten Khir Mohd Noor melihat peruntukan sepatutnya diberikan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan mereka yang agihkan.


"Saya bimbang kerana kerajaan bagi geran tapi sebaliknya dijadikan pinjaman. Cendana pula lebih kepada penganjuran konsert.


"Saya amat setuju dan berterima kasih terhadap kerajaan yang masih ambil berat nasib penggiat seni. Namun, saluran yang diberikan tak kena pada tempatnya. Saya harap selepas ini Cendana perlu turun padang berbincang dengan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dan lain-lain persatuan untuk mendapatkan perkembangan lanjut situasi sebenar industri seni tanah air," katanya.


Sementara itu, Penganjur Konsert Cinta Buatan Malaysia Search & Awie #Apologia, Mubarak Akhtar dari HS Shazlicious Trading berharap peruntukan ini dapat membantu penganjur sepertinya yang berada dalam keadaan tersepit akibat pandemik Covid-19.


Mubarak berkata, konsert berkenaan yang ditangguh ke 12 Disember dilihat seakan sukar diteruskan kerana bimbang akan mencetuskan kemarahan orang ramai ketika virus Covid-19 masih menular.


"Saya insan kerdil yang mengharapkan bantuan. Untuk teruskan konsert seakan sukar kerana nanti orang marah. Untuk buat secara maya, orang kita bukanlah biasa sangat dan tiada penaja. Jadi saya terpaksa tunda sehingga tahun depan.


"Manakala Konsert Romantika Awie yang dijadualkan pada Februari tahun depan di Sabah pun terpaksa ditunda kerana wabak Covid-19 yang tinggi di sana.


"Diharapkan ada bantuan diberikan menerusi Cendana kepada penganjur seperti saya," katanya. -CARI


Sumber:Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2020 09:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Hok alohhh
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 10:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Pada pendapat iols, sektor seni ni patut dapat ZERO, SIFAR, KOSONG dari kerajaan. Baik duit sebanyak tu digunakan untuk prasarana atau bantuan lain bagi golongan miskin.

Pi la cari private sponsors.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 7-11-2020 10:17 AM
Pada pendapat iols, sektor seni ni patut dapat ZERO, SIFAR, KOSONG dari kerajaan. Baik duit sebanyak ...

Betul sangat tu kaka lady.
Retis ni kan masa tengah laku bayaran bukan 5-600. Siap boleh aplai kereta mewah. Bukan macam marhain yg gaji  1200, itulah yg d gunakan utk bertahan sampai gaji seterusnya.

Tu pun nak merempan nak jugak utk dorang. Salah senndiri la sapa suruh tak menabung.
Tapi jamal ni ada kolam ikan jugak rasanya sebab pernah tengok igs bininya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 11:25 AM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree: Pada pendapat iols, sektor seni ni patut dapat ZERO, SIFAR, KOSONG dari kerajaan. Baik duit sebanyak tu digunakan untuk prasarana atau bantuan lain ba ...


Betul kaka... I agree!
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 01:27 PM From the mobile phone | Show all posts
TerataiMelur02 replied at 7-11-2020 09:42 AM
Betul sangat tu kaka lady.
Retis ni kan masa tengah laku bayaran bukan 5-600. Siap boleh aplai ke ...

Alamak. iols belum tua. Lol. Nasib hang xpanggil makcik.

Sungguh iols xfaham kenapa retis2 ni semua macam dalam special kategori. Apa sumbangan pada negara? Sumbangan pada masyarakat? Lainlah kalau dah tahap kpop mendunia tu boleh iktiraf juga. Dahlah sekarang ni sesiapa je asal cantik, asal famous xkira sebab apa asalkan kontroversi, asal ada cable boleh je jadi retis. Kenapa perlu retis dijadikan sektor pekerjaan yg special perlu asyik dibantu dibagi duit?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-11-2020 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah tua2 pun bodo. . Patutnya dia sebagai artis senior nasihatkan retis muda2 menabung.  Bukan sket2 meminta dr kerajaan..sekali job..dpt payment lebat. Kalu tak beringat sanpai bila nak menyentil mintak bantuan..tu org buat menyampah golongan retis tu...
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 03:44 PM | Show all posts
LadyCarefree replied at 7-11-2020 10:17 AM
Pada pendapat iols, sektor seni ni patut dapat ZERO, SIFAR, KOSONG dari kerajaan. Baik duit sebanyak ...

I setuju
Apasal dorang x nak cari alternatif
Contohnya kat youtube ada fundraiser for broadway theatre kat london tu, elok je dorang cari duit sendiri
Ni harapkan duit kerajaan je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2020 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa la contribution dorg ni. Bukannya frontliner bersusah payah pn. Sikit2 nak didahulukan dorg.  Yihh. Dgn youtuber pn dengki. Terima la hakikat yang semakin lama skrg dah tak relevan dan byk lg entertainment sources yang menarik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 05:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Jika saya berhajat mengadakan konsert untuk barisan hadapan di Istana Budaya dan mereka boleh beri sekitar RM300,000 hingga RM500,000, okaylah.



Hahahhahaha.... cer tanya most frontliners.. masa skrg ni deols ada masa ke nak dihiburkan oleh para retis??
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 05:54 PM | Show all posts
Kan ada artis cakap, korang bukak radio takkan nak dengar berita je. Gitu.

Yang behind the scene, think they have peruntukkan sara hidup kan. So sebenarnya cendana ni utk apa eh?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 07:23 PM | Show all posts
15 juta jah? penat kak ani buat kertas kerja konsert 8 juta tau... mesti kene reject lagi
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
LadyCarefree replied at 7-11-2020 10:17 AM
Pada pendapat iols, sektor seni ni patut dapat ZERO, SIFAR, KOSONG dari kerajaan. Baik duit sebanyak ...

Aku setuju dengan ko! Zero sepatutnya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah byk duit LG nak tamak.. Aku LG kesian dekat golongan pelakon2 extra tu.. Rate dah berpuluh tahun pon, mcmtu jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Berbanding artis,orang politik dan menteri lagi tamak,pentingkan diri.artis tu adalah juga kasi korang terhibur dengan cerita2 sensasi.
Menteri ada ke buat korang terhibur?gaji,elaun riban2.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Lawa la wife baru dia ni muka terletak hidung kecil mancung bibir halus. Anak2 mesti meletup muka, bapak pun muka siap walaupun berambut pelesu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2020 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Awat bini tok jamal mcm nampak middle 40
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2020 12:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo industri kreatif mcm penghasilan dokumentari tu, setuju la. Kalo nyanyi2 more to hiburan one-off ni xyhla
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2020 12:33 AM From the mobile phone | Show all posts
RumiMenari replied at 7-11-2020 11:27 PM
Awat bini tok jamal mcm nampak middle 40

Biasa kawen org tua pasangan jadi mengikut yg tua...tak caya tgk penyanyi bernombor...dah mcm sama tua ngan tok ker
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2020 07:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Bini tokmal ni muka dah macam org tua dah.. Padahal baru 20an kan? Berkat benih tua selalu disemai ke mempengaruhi ketuaan muka tu?
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 06:02 PM GMT+8 , Processed in 0.093466 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list