Siapa yang tak kenal dengan penghuni setia Masjid Hagia Sophia sejak sedekad yang lalu kini dilaporkan sudah ‘pergi’ buat selamanya.
Gli, kucing Hagia Sophia disahkan meninggal dunia pada usia 16 tahun. Kucing terkenal di dunia, yang merupakan sebahagian dari sejarah masjid ikonik, dirawat di klinik veterinar sebelum disahkan mati.
Perkara ini disahkan oleh Datuk Bandar Istanbul, Ali Yerlikaya yang memuatnaik di laman Twitter peribadinya.
“Kucing Hagia Sophia, Gli, telah dirawat di klinik veterinar swasta (daerah Levent di Istanbul) sejak 24 September, malangnya meninggal kerana usia tuanya. Kami tidak akan melupakan kamu, Gli.”
“Kami tidak akan pernah lupakan kamu, Gli”
Terdahulu, Hagia Sophia ini telah ditukarkan daripada Muzium kepada Masjid yang gah selepas 86 tahun. Walaubagaimanapun, kehidupan seekor kucing yang bernama Gli ini seperti biasa dan menjadi simbolik kepada masjid di negara tersebut.
Pemergiaan kucing ini mendapat perhatian masyarakat di seluruh dunia.
“Saya bersimpati dengan kehilangan Gli”
|