Nasib malang menimpa kanak-kanak perempuan apabila dibunuh dengan kejam di rumahnya sendiri 19 tahun dahulu. Bagaimanapun, ketika itu tiada sebarang tangkapan dibuat kerana kekurangan bukti. Namun, kematiannya kini terbela dengan penemuan bukti DNA terbaharu.
Menurut laporan Daily Star, Hande Cinkitas, 12, ditemui mati oleh bapanya pada 4 Januari 2001. Lebih menyedihkan, mayat kanak-kanak perempuan itu sangat mengerikan dengan kesan pukul senjata tumpul di kepala, leher dan tangan dikelar serta 13 tikaman di rumahnya sendiri di Icerenkoy, Turki.
Foto : Newflash
Tiada suspek ditangkap dan kes itu kembali disiasat dengan teknologi DNA terkini. Pihak polis memadankan rambut yang terdapat di tangan mangsa yang gagal dipadankan hampir dua dekad, lalu menemui keputusan yang mengejutkan.
Foto : Newflash
Justeru, polis Turki menangkap bapa Handes, ibu tirinya dan jiran mereka, Osman K. Setelah menahan mereka selama empat hari, rahsia terbongkar apabila bapa dan ibu tirinya mengakui telah membunuh anak mereka setelah tidak sengaja masuk ke dalam bilik mereka ketika melakukan hubungan seks bertiga.
Foto : Newflash
Laporan media tempatan menyatakan motif pembunuhan adalah kerana mereka menyedari yang anaknya memerhatikan perbuatan tersebut. Apatah lagi bukti itu juga menunjukkan yang mangsa mengenali pembunuhnya. - CARI
|