View: 1903|Reply: 9
|
Bajet 2021 Macam ‘Rumah Dah Siap Tapi Pahat Tetap Berbunyi’ - Rizalman
[Copy link]
|
|
Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar melihat selepas empat hari Belanjawan 2021 dibentangkan ianya seperti ‘rumah sudah siap tetapi pahat tetap berbunyi’.
Katanya, jumlah peruntukan yang ditawarkan sangat besar tetapi masih tidak memenuhi kemahuan sebilangan besar rakyat Malaysia.
Tambahnya juga, antara yang hangat dibincangkan oleh rakyat ialah soal pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), lanjutan moratorium dan bajet besar untuk JASA.
Kredit foto: UMNO ONLINE
“Saya yakin kemarahan rakyat bukannya kerana soal politik kepartian atau soal siapa perdana menteri. Juga bukan soal untuk memancing undi.
“Mereka lahirkan kekecewaan kerana mereka sedang menghadapi kesusahan. Mereka perlukan kewangan tambahan untuk meneruskan kehidupan.
“Mereka perlukan pertolongan untuk menyara keluarga. Mereka hilang pendapatan. Mereka benar-benar terhimpit,” tegasnya dalam satu hantaran di Facebook.
Tambah Rizalman lagi, situasi yang berlaku itu bukan atas kemahuan rakyat tetapi keadaan memaksa mereka sehingga terpaksa meminta-minta.
“Mereka merayu kepada orang yang memegang kuasa,” ujarnya.
Justeru Rizalman menyeru kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar mendengar suara rakyat.
“Kepada perdana menteri, dengarlah suara mereka, bantulah mereka.
“Kasihanlah kepada mereka. Mereka yang terkesan jumlahnya sangat ramai. Mereka benar-benar berharap,” gesanya lagi.
Sumber: UMNO ONLINE |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan rizalman ibrahim |
|
|
|
|
|
|
|
tak setel2 lg bajet besar utk jasa
tetap nak tabur dedak jg ke |
|
|
|
|
|
|
|
dulu nak sgt kerajaan majoriti melayu islam..redho ajelah klu x nk dap memerintah |
|
|
|
|
|
|
|
zidane_ziege replied at 10-11-2020 01:35 PM
dulu nak sgt kerajaan majoriti melayu islam..redho ajelah klu x nk dap memerintah
Kersjaan dap lagi elok ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Rizalman ni memang senantiasa prihatin akan kelohan rakyat. Macam Zahid Hamidi dan Isa samad jugak.......... |
|
|
|
|
|
|
|
apam replied at 10-11-2020 01:54 PM
Kersjaan dap lagi elok ke?
sama je..dua2 kena maki dgn rakyat..takde beza..
tapi itulah..ingatkan kerajaan ketuanan melayu lobai ni lain la..kah kah |
|
|
|
|
|
|
|
Sudahlah, ini sandiwara Umno nak tunjuk hero depa pejuang rakyat & nak buat propa Habahcow tak cekap. Semua ni taktik nak dapat sokongan pengundi utk. Pru15 je. Akai |
|
|
|
|
|
|
|
Macam orang tak kenal UMNO.............Prrrrrrrrrrrrrrrrrrpfffftght
Pemakan dedak boleh lah auta..........
|
|
|
|
|
|
|
| |
|