Sebuah kilang tenusu di Turki ditutup selepas sebuah rakaman muncul di media sosial memaparkan pekerjanya sedang mandi di dalam susu.
Rakaman tular di TikTok itu menunjukkan seorang lelaki duduk di dalam satu tab berisi susu dan menggunakan cawan untuk menyiram kepalanya.
Kredit foto: Hurriyet Daily News/NDTV
Menurut laporan, video tersebut dirakam di kilang susu di Anatolia Tengah dan lelaki yang berendam di dalam tong berisi susu itu dikenali sebagai Emre Sayar. Videonya dimuat naik ke TikTok oleh rakannya bernama Ugur Turgut dan kedua-dua lelaki itu ditangkap berikutan penularan video berkenaan.
Rakaman tersebut yang tersebar di pelbagai platform menimbulkan kemarahan netizen kerana risau susu yang tercemar itu diproses seperti biasa untuk dijual.
Walau bagaimanapun, kilang susu tersebut mendakwa pekerja dalam video itu bukan mandi di dalam susu, sebaliknya ia sebenarnya adalah campuran air dan cecair pembersih.
Mereka mendakwa bahawa video itu hanya bertujuan mencemarkan nama baik syarikat dan menambah bahawa ‘cecair pembersih’ berkenaan digunakan untuk mencuci dandang di kilang itu.
Difahamkan, berikutan kejadian kedua-dua lelaki terbabit ditahan, manakala siasatan dilancarkan terhadap syarikat berkenaan sementara kilang itu juga ditutup selain didenda kerana didakwa beroperasi di bawah keadaan yang membahayakan kesihatan manusia.
Sumber: Himpunan Cerita Lawak |