View: 1480|Reply: 11
|
RM39 Seminit Untuk 'Dibelasah'
[Copy link]
|
|
Merelakan badan menjadi karung tinju sebagai tempat pekerja melepaskan tekanan menjadi antara pekerjaan popular di Jepun.
Ia juga memberi pendapatan lumayan buat bekas petinju kickboxing, Akira Hareruya, 50. Lelaki ini mengenakan bayaran 1,000 yen atau RM39 bagi tempoh seminit, untuk setiap orang yang mahu 'memukulnya'.
Kredit foto: TribunNews
Tribun News melaporkan, Akira yang bersara daripada gelanggang tinju terpaksa mengambil inisiatif itu selepas dibebani hutang 200 juta yen (RM7.8 juta).
Trend terbaru di Jepun itu dinamakan Nagurareya iaitu aktiviti yang membolehkan pelanggan dengan bebas memukul seseorang untuk menghilangkan tekanan. Aktiviti itu popular sejak 10 tahun lalu terutama di daerah Kabukicho, Shinjuku di sini.
Akira adalah pengasas idea itu, tetapi beliau memakai pelindung diri ketika 'dibelasah' pelanggannya. Kebanyakan pelanggannya terdiri daripada wanita yang bekerja di pejabat dan mengalami tekanan di tempat kerja.
Pendapatan agak lumayan itu menyebabkan ramai petinju lain mengikut jejak langkah lelaki ini untuk menjadi 'karung tinju manusia'. Dalam sehari, Akira menerima 40 pelanggan dengan pendapatan kira-kira 40,000 yen (atau RM1,569) sehari.
Bagaimanapun, individu terbabit terpaksa berlakon menjadi 'orang bodoh' dengan merelakan diri dipukul pelanggan.
"Ibaratnya kita mesti menjadi orang bodoh yang membolehkan lawan memukul kita," katanya.
"Ia sehingga pihak lawan puas kerana dapat membelasah kita," kata seorang petinju Jepun, Inoue.
Sumber: Harian Metro/TribunNews |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mcm movie andy lau.. love on a diet |
|
|
|
|
|
|
|
game yakuza byk buat kat bandar Kabukicho tu |
|
|
|
|
|
|
|
pelik-pelik mesti kat jepun |
|
|
|
|
|
|
|
mdhelmi replied at 11-11-2020 11:14 AM
game yakuza byk buat kat bandar Kabukicho tu
Kamurocho kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Macam service mereka ada. Sebut Shinjuku pasti akan teringat besarnya Shinjuku Station. Famous sebab mudah buat orang sesat bila berjalan didalamnya sebab besar sangat dan banyak exit. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak lagi best,pakai topeng muka berwajah boss pelanggan.mau renyuk kena kerjakan. |
|
|
|
|
|
|
|
pon ye jugak dan beberapa tempat lain
dia ada bergerak sana sini
main pon sampai yakuza 4 je
|
|
|
|
|
|
|
|
heran tui
|
|
|
|
|
|
|
|
mdhelmi replied at 11-11-2020 11:56 AM
pon ye jugak dan beberapa tempat lain
dia ada bergerak sana sini
Akak main dari 0 sampai 6 dan judgment spin off yakuza.. Kamurocho tak dapat dipisahkan dari game yakuza, paling best yakuza 0 sebab goro majima karakter dia lagi menarik dari kiryu |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Malaysia kalau ada mesti dapat sambutan juga. |
|
|
|
|
|
|
|
masyuk jugak...keje pun senang tp jgn yg datang tu tahap Sazali Samad mampus kena tinju |
|
|
|
|
|
|
| |
|