View: 7288|Reply: 50
|
"Kalau Ada Rezeki, Ada Lah" - Mira Filzah Tak Tertekan Menang ABPBH33
[Copy link]
|
|
Dicalonkan dalam enam kategori pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 yang bakal disiarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, esok, pelakon dan pengacara, Mira Filzah tidak tertekan.
Diangkat sebagai Bintang Paling Popular ABPBH 32, isteri kepada Wan Emir Astar ini akur dengan situasi semasa ketika rakyat berdepan penularan COVID-19 serta mula membiasakan diri mengamalkan norma baharu dalam kehidupan.
Kredit foto: IG Mira
Dilihat lebih tenang, Mira mengaku tidak meletakkan jangkaan untuk meraih mana-mana trofi.
"Teras ABPBH adalah sokongan dan undian peminat. Dengan keadaan semasa penularan COVID-19, saya tahu masing-masing bergelut.
"Saya sudah beritahu kelab peminat, Miraclegacy untuk tidak meletakkan sebarang tekanan. Cukuplah mereka berusaha semampu. Ada rezeki... adalah.
"Bagi saya, tahun ini, lebih positif di mana tiada tekanan langsung," katanya kepada BH Online.
Pada ABPBH 33, Mira bersaing dalam empat kategori utama dan dua kategori online. Kategori utama yang dibolosi Mira adalah Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular, Pelakon TV Popular dan Pelakon Filem Popular.
Bagi kategori online, Mira tercalon dalam kategori Gandingan Serasi Filem hasil lakonannya dalam filem Sangkar bersama Zul Ariffin dan Gandingan Serasi Drama membabitkan dua judul iaitu Sweet Dreams bersama Ben Amir dan Adellea Sofea bersama Ungku Ismail.
Mira teruja sebaik mendapat perkhabaran ABPBH 33 akan dianjurkan dengan penerapan norma baharu.
"Saat dapat tahu ABPBH 33 dilangsungkan. ia bagai suatu rahmat. Dalam soal apa sekalipun saya berserah.
"Kalau sudah tertulis rezeki ada tahun ini, Insya-Allah. Kalau tidak mungkin rezeki milik orang lain," katanya yang memenangi trofi Pelakon TV Wanita Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular pada ABPBH 32.
Mira Filzah dinobatkan Bintang Paling Popular, ABPBH 32
Kredit foto: NSTP/BH
Mira tidak lupa mengucapkan kepada peminat termasuk yang bergabung di bawah Miraclegacy yang gigih mengundinya.
"Terima kasih untuk setiap masa dan usaha semua. Saya amat menghargainya. Hendak belanja makan atau mengadakan majlis berkumpul ramai-ramai pun masih tidak boleh lagi dengan keadaan semasa negara. Perancangan hendak buat kenduri bersama peminat juga tidak kesampaian.
Kredit foto: IG Mira
"Insya-Allah suatu hari nanti. Apa yang penting kita jaga diri dan kesihatan. Sama-sama kita beringat," katanya.
Sumber: Berita Harian |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya kau nak menang kan?? Sebab tu kau sanggup jadi bodoh dgn laki kau yg ketara nak dikenali jugak. Puihhhhh!! Memang celaka jawapan kau konon nak nampak kau baik, hakikatnya tak baik pun, kau terpaksa la jawab macam ni padahal kau meronta2 nak menang kan??? Bodoh! Puihhj |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa berita harian je ada anugerah... sing chew daily.,,, nangyang siang paw... sinarharian..harianmetro... tak nak buat ke? |
|
|
|
|
|
|
|
rasanya nama kak lina pon lagi hot? migha ada hasil ape taon ni melainkan belaki |
|
|
|
|
|
|
|
Alamakkkkk..betul kata sorang forumer,selain patah,lopa,kemut dua beradik...filjah pulakkkkk menceriakan forum nihhh.{:childlike |
|
|
|
|
|
|
|
Toksah la menang dah, kang lagi beria emirboring nak limelight sekali |
|
|
|
|
|
|
|
Mak kan sampai skrg tak boleh lupa porumer mana ntah gelar laki si mighapiljah ni wan uban.. Hahahaha haduiii hahaha sabo je lah |
|
|
|
|
|
|
|
Cara cakap Ngan aksi x sme..klu x nak menang x kan la dok up video sweet je Ngan suami sokmo..menipu la klu x nak menang..Sume artis mesti la nak menang..spe la x nak menang kan..lantak ko la labu..aq lebih rela kak Lina pompom menang BPP2019 dri ko.. |
|
|
|
|
|
|
|
X yah dah anugerah camni aih |
|
|
|
|
|
|
|
Bintang paling popular ni menang skali sudahla, tu pun org akan ingat ko punyer sebab dlm list bpp.. Tp kalau ko menang banyak kali tu rezeki ko la..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tahun ni mampu cheap marketing dgn suami sendiri, mampu ke idok menang award2 yg bersandar hanya pd popularity? |
|
|
|
|
|
|
|
Abp skg undian skjap eh.. tetiba esok dah mlm anugerah... kalau zmn dulu berbulan2 undia kat paper tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sory la karat mira tp laki dia ni xpadan gn pendiam tp nakkan limelight...klau x xkanlah ada kes dia pernah nak try jahlop khennn..nk try yg femes2 sajork.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bg je lah suami kau menang..
Sibuk sgt nak menempel.. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebok arr. Bg can org len. p gentel laki hang..
I vote for kak lina pompom..aaaaagitchuuuuuuu... |
|
|
|
|
|
|
|
ye kerrrrrrr.... tah tah dlm hati nak menanggggggggggg |
|
|
|
|
|
|
|
dalam hati ko nak menang kann...sb tu back to back Youtube benda bodoh dgn laki ko..
yg laki ko paling mengharap sgt ko menang... boleh julang nama dia skali waktu ucapan tahniah...
"buat suami tersayang....." |
|
|
|
|
|
|
|
Daripada minah sembab ni mng baik kak lina pom pom yg menang.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gigi dia mmg x tersusun ekkk... |
|
|
|
|
|
|
| |
|