View: 9890|Reply: 77
|
14 Tahun Berjuang, Sherry Al-Hadad Terbukti Seorang Yang Versatil
[Copy link]
|
|
Bakat yang dimiliki pengacara, pelawak dan pelakon, Sherry Alhadad, 36, dilihat cukup versatil selama lebih 14 tahun berjuang sebagai anak seni.
Memulakan langkah daripada bawah, namun berbekal bakat, Sherry atau nama sebenarnya, Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad perlahan-lahan memberanikan diri mencari ruang dalam dunia seni.
Hari ini, Sherry dilihat selesa menapak sebagai pengacara, pelawak dan pelakon, akhirnya bakat versatil yang dimiliki mendapat sokongan peminat.
Kelebihan pelakon yang diperkenalkan menerusi telefilem komedi, Sutun pada 2006 melayakkan membolosi tiga kategori Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33. Sherry dicalonkan dalam kategori Artis Versatil Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.
Sherry berkata, dia lebih selesa dengan dunia pengacaraan jika dibandingkan dengan tiga cabang seni.
"Selesa dengan bidang pengacaraan bukan bermakna saya tak suka berlakon dan dunia lawak. Saya suntik elemen komedi dan santai ketika mengacara. Berlakon pun saya tidak tinggalkan terus.
"Cuma, mungkin ada yang berasakan fokus utama saya kepada dunia pengacaraan. Saya akui, satu penghargaan apabila diberi mandat mengacara acara besar seperti ABPBH 2014, Anugerah Juara Lagu, Big Stage, Melodi, Anugerah Planet Muzik, Festival Filem Malaysia dan banyak lagi.
"Namun, itu tidak semudah yang disangka. Saya juga dicabar dengan tanggungjawab mengendalikan program bual bicara, The Sherry Show," katanya kepada BH Online.
Foto: IG
Sherry berkata, rezeki yang dikurniakan bukan tiket untuk bermegah, sebaliknya mencari ruang memperbaiki setiap inci kelemahan diri.
"Saya tak boleh hanyut dengan pujian atau kata-kata indah. Saya mahu menjalani hidup dengan realistik.
"Saya bukan manusia sempurna, pasti ada kelemahan dan kekurangan yang perlu diperbaiki," katanya yang hingga kini masih mengacara program Muzik Muzik bersama Haziq Hussni.
Mengulas persaingan ABPBH 33, Sherry berkata, ini adalah tahun ketiga berjaya membolosi anugerah berprestij anjuran akhbar BH yang akan berlangsung, Jumaat ini.
Katanya, dia terkejut apabila namanya diumumkan antara senarai 10 artis yang mendapat undian tertinggi, baru-baru ini.
"Secara peribadi, saya tak sangka undian peminat sehebat ini. Saya terkejut besar apabila dimaklumkan nama saya dalam senarai 10 artis yang menerima undian tertinggi. Peminat saya tak ramai, malah ahli kelab peminat, Sherrylicious FC tak sampai berapa kerat, tetapi mereka berusaha gigih.
"Usaha besar, tak sama padan dengan jumlah yang ada. Saya berterima kasih kepada Sherrylicious FC. Saya selalu beritahu kepada mereka, kita sama-sama berusaha. Ia menjadi bonus sekiranya ada yang suka dan ikhlas mengundi secara diam.
"Sekarang, masa semakin suntuk, jadi alang-alang berjuang, kami akan melakukan perang undi habis-habisan. Cuma dalam pertandingan, saya tak suka letak harapan. Pada akhirnya, tawakal dan berserah dengan usaha yang sedang giat dilakukan," katanya. -CARI
Sumber:Berita Harian
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
sherry cantik
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak sangka pembawa watak Yam dlm drama Sutun 2 tu blh jadi segah ni.
Sian Yam dh dekat nk kahwin dgn Bang Khalid pastu xjadi.. Last2 kahwin jugak dlm Sutun Kembali Lagi..
Tahniah sherry.. |
|
|
|
|
|
|
|
beta_carotene replied at 13-11-2020 12:47 PM
Tak sangka pembawa watak Yam dlm drama Sutun 2 tu blh jadi segah ni.
Sian Yam dh dekat nk kahwin ...
..hahahaha..i ingt dia dlm Sutun .... syg dia dgn laki dia tu tau |
|
|
|
|
|
|
|
zulin terdampar pula tercalon berapa kategori?? |
|
|
|
|
|
|
|
akak suka sherry ni dan mmg TAKKAN TUKAR CENEL tv ya kalo ada sherry
sbb she's pleasant and funny....akak terhibur dgn dialog2 sherry yg selamba je ms hosting dan belakon
producers dan stsn TV, sila la amik sherry belakon banyak2
mind you, akak ni dlm golongan yg ada kuasa beli yg tinggi ya...so kalo stsn tv korang byk iklan (sbb tu sumber income stsn tv) akak tetap akan tgk iklan ya
sbb drama/program tv yg ada sherry |
|
|
|
|
|
|
|
Ganja akan sentiasa ingat sheolls jadi BUDAK INTERN pada Dira Abu Zahar dalam 100 Hari Jadi.
"Waaaaaaa, cantiknyaaaaa"
|
|
|
|
|
|
|
|
sherry ni pengacara yg sngat bagus...apa tasks pun bgi kat dia smua menjadik.. |
|
|
|
|
|
|
|
bemyself replied at 13-11-2020 01:20 PM
sherry ni pengacara yg sngat bagus...apa tasks pun bgi kat dia smua menjadik..
Suka dia ...pengacara ke pelakon ke I mesti tngok .... |
|
|
|
|
|
|
|
sherry ni kalo hosting nmpk formal yet ada unsur2 humour.. susah tau nak blend them together.. |
|
|
|
|
|
|
|
Profesional dan sentiasa improve diri. Tak bodoh sombong dgn teguran org dan sentiasa belajar dari org lain. Itulah sherry al hadad |
|
|
|
|
|
|
|
I love sheolls punya confident level !
not for body shaming hokey ... wlaupun sheolls nmpak sedikit berisi tapi bagus nampak vogue , versatile , wangi & always gojesss ! |
|
|
|
|
|
|
|
kiah_mai_pulak replied at 13-11-2020 12:59 PM
zulin terdampar pula tercalon berapa kategori??
Yg ni dh lama terciduk chuolszahhhhh...produk seni yillekkkk tp cerita jantan & kuyusss jer yg selalu diulang tayang sampai ajm. |
|
|
|
|
|
|
|
Buat pose lain le pulak Sherry.
Bosan tgk pose cekak pinggang konon high fashion tu.
Mentang2 ade org puji ari tu, terus menerus buat pose yang sama |
|
|
|
|
|
|
|
cikperiukkera replied at 13-11-2020 01:54 PM
Yg ni dh lama terciduk chuolszahhhhh...produk seni yillekkkk tp cerita jantan & kuyusss jer yg sel ...
kannn... pompang pompangg kurus lah jantan lah nak kahwin lahh, end up nam adoooo., terdampar sedehhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
kannn
tuah ayam nampak di kaki
tuah manusia sape yg taw kan
mcm bodo2 jer sherry time tu
kurang kondifen
tp skang haa da vassss kauuu
|
|
|
|
|
|
|
|
GegarVaganja replied at 13-11-2020 01:05 PM
Ganja akan sentiasa ingat sheolls jadi BUDAK INTERN pada Dira Abu Zahar dalam 100 Hari Jadi.
"Waaaa ...
Yes yes yes sama ler |
|
|
|
|
|
|
|
Baju biru tu dato Ri ke designer |
|
|
|
|
|
|
|
menang la hendaknya dia malam ni, suka sangat dia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Sherry, tolong jangan terpengaruh dengan 'cara kurus' bff chuols tu yach. Kengkonon diet |
|
|
|
|
|
|
| |
|