|
Abby Abadi berang bila ada yang memfitnah dirinya dengan mendakwa dia mengaut keuntungan daripada perniagaan menjual bayi menerusi sebuah forum bincang di Internet.
Abby tak menyangka usaha murninya telah menimbulkan rasa tidak puas hati segelintir pihak.
Foto: IG
"Ada yang tuduh saya kaya sebab jual bayi. Ya Allah, berat tuduhan itu! Tak nampakkah saya dengan suami berkerja, berniaga macam-macam? Ke sana sini sertai acara, berniaga seperti peniaga pasar malam. Setiap bulan kami terkejar-kejar nak bayar itu dan ini.
"Dari awal saya beritahu, saya terbabit dengan kerja ini secara tak sengaja selepas saya ambil Muhammad Daiyan Fayyadh sebagai anak angkat. Selepas itu ramai yang nak serahkan bayi kepada saya dengan pelbagai latar belakang. Saya bincang dengan suami, kami sepakat dan ambil seorang lagi anak angkat perempuan.
"Saya uruskan untuk orang lain sebab ibu kepada bayi-bayi yang saya uruskan itu semua cari saya untuk dibantu. Cerita-cerita mengenai bantuan untuk selamatkan bayi-bayi yang tak berdosa ini pun nak berburuk sangkakah? Kenapa orang kita suka dengki dan busuk hati?" katanya seperti dipetik di Harian Metro.
Tambahnya lagi, "Ada yang komen kat forum itu, syarat saya nak ambil bukan percuma. Bersalin sendiri pun ada kos, kos itu untuk ibu kepada bayilah. Mereka bersalin itu ingat main-main? Normal lain, swasta lain. Berpantang lagi. RM5,000, RM7,000, RM10,000, dan RM15,000, memang ada bil yang tinggi macam itu. Sebab itu saya cari yang mampu. Sejak dari awal, saya memang jadi perantara dan tak terbabit dengan urusan membabitkan wang. Saya kenalkan saja dan terus ibu bapa angkat berurusan sendiri. Jadi, bila saya menjual bayi ini?"
Abby berharap agar pihak tersebut berhenti menyebarkan fitnah kerana niatnya adalah ikhlas.
"enat nak menjawab fitnah begini. Saya tolong setakat yang mampu dan beruntung ada suami yang sangat rajin membantu dan sangat menyokong. Cukuplah memfitnah." -CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|