CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3154|Reply: 8

Di Sebalik Misteri Segi Tiga Bermuda Kini Terungkai. Betul Ke Berpuaka? Ini Jawa

[Copy link]
Post time 16-11-2020 04:17 AM | Show all posts |Read mode





Segi Tiga Bermuda adalah sebuah kawasan laut yang luas antara Florida, Puerto Rico dan Bermuda. Sejak beberapa kurun yang lalu, tempat itu masyhur daripada cerita kehilangan banyak kapal dan pesawat secara misteri.


Maka timbullah spekulasi bahawa tempat itu berpuaka, medan semangat jahat dan aktiviti paranormal, juga pusat kegiatan makhluk asing. Ia terus menjadi legenda sehingga hari ini, bagi mereka yang hanya mendengar dongeng tanpa mencari kebenaran di sebaliknya.



Reputasi buruk Segi Tiga Bermuda sebenarnya dimulakan oleh Christopher Columbus, si pelayar yang 'meneroka' bumi Amerika. Dalam catatan pelayarannya, pada 8 Oktober 1492, Columbus melihat kompasnya dan mendapati ia menunjukkan bacaan yang aneh apabila melalui kawasan perairan itu.


Dia tidak memberitahu terus perkara itu kepada anak-anak kapalnya, khuatir akan mencetuskan panik dan malapetaka di atas kapal. Tiga hari selepas kompasnya itu tidak menunjuk ke arah utara magnetik, Columbus dan krunya terlihat satu cahaya aneh, menyebabkan mereka bersungguh mahu kembali ke Sepanyol.


Legenda moden Segi Tiga Bermuda tercetus pada 1950 apabila satu artikel tulisan Edward Van Winkle Jones diterbitkan oleh Associated Press (AP). Jones melaporkan beberapa siri kejadian kehilangan kapal dan pesawat di situ, termasuk lima pengebom torpedo US Navy yang hilang pada 5 Disember 1945, dan pesawat komersial 'Star Tiger' dan 'Star Ariel' yang masing-masing hilang pada 30 Januari 1948 dan 17 Januari 1949. Catatan Jones menyatakan bahawa kesemua mereka 'hilang tanpa kesan'.


Ini kawasannya yang sejak sekian lama menjadi legenda, perairan antara Florida, Puerto Rico dan Bermuda. (foto: Google Earth)



Beberapa lagi penerbitan selepas itu menyemarakkan lagi legenda mistiknya. Kehilangan tanpa meninggalkan bangkai penumpang atau pesawat didakwa disebabkan makhluk asing, ada yang kata kira-kira 1000 nyawa sudah ditelan 'Segi Tiga Iblis' itu. Ia memuncak pada 1970-an apabila Carles Berlitz menerbitkan bukunya berjudul 'The Bermuda Triangle'.


Bagaimanapun segalanya ditidakkan oleh Larry Kusche yang menerbitkan buku 'The Bermuda Triangle Mystery: Solved' pada 1975. Jelas Kusche, penulis-penulis sebelum ini sengaja mensensasikan cerita Segi Tiga Bermuda tanpa membuat penyelidikan rapi. Katanya, benda yang dikatakan 'misteri' tidaklah misteri sangat dan tak semua kehilangan yang dilaporkan itu berlaku di situ.


Buku tersebut menjelaskan dengan begitu terperinci untuk membongkar mitos tersebut. Apabila penulis-penulis sebelumnya termasuk Berlitz tidak dapat membalas hujah Kusche tentang penemuannya, ia sekali gus memadamkan segala sensasi tentang Segi Tiga Bermuda. Bagaimanapun, ceritanya tetap menjadi sebutan dan topik yang menarik untuk dikisahkan.


Buku yang membongkar misteri di sebalik fenomena-fenomena ganjil yang dilaporkan berlaku di Segi Tiga Bermuda. (foto: Amazon)







Kalau masih ada yang tidak percaya dan tetap menganggap ia sebagai tempat yang angker, ada penjelasan daripada Pengawal Pantai tentang fenomena sebenar yang berlaku di tempat itu yang menjadikan Segi Tiga Bermuda laluan yang bahaya untuk kapal dan pesawat.


Aliran Teluk, iaitu arus laut hangat yang mengalir dari Teluk Mexico sekitar Selat Florida ke arah timur laut menuju Eropah, adalah sangat laju dan bergelora. Kalau ada sebarang kecelakaan di situ seperti kapal karam atau pesawat terhempas, segala bukti pasti akan musnah dengan cepat.


Kawasan segi tiga itu adalah kawasan laluan ribut, dan ribut Caribbean-Atlantik yang sukar dijangka menghasilkan ombak besar. Topografi dasar lautnya adalah pelbagai dari beting yang panjang sehingga ke jurang-jurang terdalam di dunia. Dengan interaksi arus kuat dengan terumbu, ia adalah sangat tidak stabil dan tidak selamat.


Faktor manusia juga tidak dapat diketepikan. Banyak bot-bot persiaran berlayar di perairan antara Gold Coast Florida dan kepulauan Bahamas. Cubaan merentas perairan itu dengan bot kecil pasti akan mendatangkan celaka, apatah lagi tanpa ilmu laut yang tinggi.


Begitulah jawapannya kepada misteri yang sekian lama menyelubungi Segi Tiga Bermuda. Kalau memang ada aktiviti paranormal di situ, wallahu'alam bi sawab.




*Sumber: Today I Found Out / rancaktv.com



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-11-2020 08:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Sepupu iols keje kapal
Dia lalu situ elok je hidup lagi..
Tapi ombak.memang besor la..
Iols.tak dpt bayangkan la depa depa dok hadap ombak ni...huhu...

Dolu iols baca mastika
Kapal yang lalu segi tiga bermuda mesti tenggelam.ke dalam lautan dan bertemu dengan kerajaan jin...dan kapal.akan naik ke atas dengan elok aaja bersama barangan yang tak terusik dan dijumpai oleh pelayar pelayar lain..
Misterinya sailor dalam.tu dikatakan telah menjadi hamba jin.dalam lautan itu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Mase aku kecik2 dulu sangatlah percaya dgn mistikus Bermuda Triangle. Aku imagine kapal terbang yg lalu atas kawasan Bermuda pasti hilang. Then kat situ ada penempatan alam ghaib.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
yg pasti mh370 masih lagi misteri smpi skrg
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku dulu boleh tahan rajin layan baca konspirasi theory psl Bermuda triangle nih. Lama dah luput di ingatan. Reading this brings back those memories
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 11:21 AM | Show all posts
Adakah ianya misteri atau sekadar mitos sahaja. Hanya Allah yang Maha Mengetahuinya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-11-2020 11:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting Miss Puerto Rico selamat
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2020 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
djzara81: Mase aku kecik2 dulu sangatlah percaya dgn mistikus Bermuda Triangle. Aku imagine kapal terbang yg lalu atas kawasan Bermuda pasti hilang. Then kat si ...


Tak mustahil ada penempatan ghaib di situ...jgnkan kat sana  tah2 dekat taman rumah sendiri pun ada?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-11-2020 01:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai terbayang bwh tu ada istana iblis..hihihi~{:smile
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:36 AM GMT+8 , Processed in 0.046773 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list