|
JAMBI, 20 Nov – Seorang pensyarah dari sebuah universiti di wilayah ini ditemui meninggal dunia di rumahnya setelah didakwa menggantung dirinya sendiri dalam satu kejadian semalam.
Polis Bahagian Hubungan Masyarakat Muarojambi, AKP Amradi mendakwa, mangsa yang berusia 42 tahun itu menunjukkan ‘isyarat’ pelik kepada isterinya sebelum tragedi malang itu berlaku di kediaman mereka di Perumahan Arza RT 07, Desa Mendalo Indah.
“Awalnya pada 3.45 petang, isteri mangsa melihat suaminya ke hulu ke hilir di sekitar dapur rumah. Dia sempat menegur, namun tidak begitu mendapatkan alasan pasti daripada suaminya.
“Sekitar setengah jam daripada pertemuan itu, mangsa ditemui meninggal dunia selepas menggantung diri di tangga di dapur.
“Saat itu, anak mereka mendengar ibunya menjerit sebelum bergegas menghampirinya, dan (ketika itu) betapa terkejutnya dia saat melihat ayahnya sudah tergantung di tangga rumah dengan posisi tali mengikat di leher,”
“Secara spontan si isteri terus memotong tali yang menggantung mangsa,” katanya, memetik laporan media tempatan.
Lokasi dipercayai tempat mangsa mengantung diri | Kredit: Sumeks.co
Difahamkan, akibat beban badan yang berat, isteri mangsa tidak mampu menahannya daripada jatuh sewaktu memotong tali tersebut.
Itu menjadikan sebahagian kiri tubuh mangsa terhentak di tembok hingga mengakibatkan berlaku pendarahan.
Setelah tubuh mayat dibawa turun, anak mangsa disuruh ibunya memanggil jiran-jiran bagi meminta pertolongan serta laporan polis.
“Mangsa sudah diserahkan kepada pihak forensik hospital untuk dibedah siasat.
“Kes ini ditangani oleh Polis Sektor Jaluko, bagaimanapun punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya lagi.
Sumber: Sumeks.co, Detik News, Indozone |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|