Trending di kaca televisyen dan laman media sosial dengan drama bersiri Angkara Cinta lakonan Wanna Ali, Hun Haqeem dan pelakon baru, Merqeen.
Biarpun baru bersiaran sebanyak 16 episod daripada 70 episod keseluruhan, ramai penonton sudah dilanda demam dek fenomena ini.
Apatah lagi, pelakon lelaki yang memegang watak Lukman dan Haqeem ini masih muda, tampan dan mempunyai karektor pelakon idaman ramai wanita.
Ramai sungguh yang tidak sabar menantikan episod seterusnya sehingga ada yang melabelkan #teamLuqman dan #teamHaqeem.
Foto : Twitter
Menurut Astro Gempak, kerjaya seni Merqeen, 19, sebagai pelakon baru membuahkan hasil. Membawa watak sebagai Haqeem, lakonannya mencairkan hati wanita dengan perwatakan 'gentleman'.
Sementara itu, Hun Haqeem yang terlebih dahulu terkenal dengan watak Jakfer turut menjadikan dramai ini menjadi bualan.
Nampaknya, penonton turut terbuai-buai dengan kedua-dua pelakon tersebut.
Foto : Twitter
Drama yang menceritakan tentang remaja yang kebetulan berkongsi nama yang sama iaitu Luqmanul Haqeem Bin Razlan.
Luqman dan Haqeem membesar dalam keadaan latar belakang keluarga yang sangat berbeza. Seorang dilimpahi kemewahan, manakala seorang lagi dihimpit kemiskinan.
Setelah dewasa, ditakdirkan mereka berdua menjadi sahabat baik dan masuk ke Akademi Polis bersama-sama tanpa mengetahui hakikat sebenar mereka rupanya adik-beradik berkongsi bapa yang sama.
Foto : IG
Wah! Kita sudah ada pelakon muda, kacak dan mempunyai aura hero. Jadi, tidaklah terlalu bergantung dengan hero-hero sedia ada. Meriahlah drama tempatan dengan warna-warna pelakon baru. - CARI
|