View: 13086|Reply: 118
|
Mufti WP Perjelaskan Hukum Memberi Makan Kucing Jalanan Sehingga Mengganggu Jira
[Copy link]
|
|
Berkongsi rezeki sesama makhluk adalah perkara mulia yang semestinya dilakukan oleh semua orang. Tidak semestinya hanya pada manusia, tetapi juga kepada haiwan jalanan yang kelaparan, atau mungkin hanya sekadar sedekah atas rasa ihsan. Namun, apakah hukumnya memberi makanan kepada kucing jalanan sehingga mengganggu jiran tetangga disebabkan najis yang berselerakan? Ikuti penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan.
Soalan
Assalamualaikum, saya ingin bertanya satu soalan. Apakah hukum memberi makan kucing jalanan sehingga mengganggu jiran-jirannya disebabkan najis-najisnya yang berselerakan. Terima kasih
Ringkasan Jawapan
Pada asalnya sunat untuk memberi makanan kepada kucing jalanan selagi mana tidak mengganggu ketenteraman awam.
Justeru, keutamaan wajib diberi berdasarkan keadaan di tempatnya, sekiranya memberi makanan tersebut akan mengganggu dan menyusahkan jiran tetangga disebabkan najis atau bau yang tidak menyenangkan, maka perbuatan memberi makan itu adalah tidak digalakkan bagi menjamin keharmonian hubungan antara jiran.
Sebaiknya kebijaksanaan dalam mempertimbangkan kaedah yang terbaik bagi mendapat dua kebaikan, iaitu kebaikan dalam menjaga hubungan di antara jiran dan juga kebaikan dengan memberi makan kepada kucing jalanan
Ringkasan Jawapan
Pada asalnya sunat untuk memberi makanan kepada kucing jalanan selagi mana tidak mengganggu ketenteraman awam.
Justeru, keutamaan wajib diberi berdasarkan keadaan di tempatnya, sekiranya memberi makanan tersebut akan mengganggu dan menyusahkan jiran tetangga disebabkan najis atau bau yang tidak menyenangkan, maka perbuatan memberi makan itu adalah tidak digalakkan bagi menjamin keharmonian hubungan antara jiran.
Sebaiknya kebijaksanaan dalam mempertimbangkan kaedah yang terbaik bagi mendapat dua kebaikan, iaitu kebaikan dalam menjaga hubungan di antara jiran dan juga kebaikan dengan memberi makan kepada kucing jalanan
Huraian Jawapan
Memberi makan kepada kucing jalanan merupakan salah satu sikap yang terpuji dan Islam mengajar umatnya supaya berbuat baik sesama makhluk sekalipun terhadap haiwan. Ini adalah sifat ihsan yang diterapkan di dalam agama Islam. Nabi SAW menceritakan berkenaan dengan kebaikan yang dilakukan oleh seorang pelacur sehingga diampunkan dosanya hanya dengan memberi minum seekor anjing yang kehausan dengan menggunakan kasutnya. Ini sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, daripada Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Sesungguhnya soerang pelacur
wanita melihat seekor anjing mundar-mandir mengelilingi telaga pada hari yang sangat panas dengan lidahnya yang terkeluar kerana kehausan, lalu perempuan itu memberi minum menggunakan kasutnya, maka dia diberi pengampunan segala dosanya
Riwayat Muslim (2245)
Selain itu, tanggungjawab untuk menjaga nafkah dan keperluan haiwan yang dipelihara adalah wajib di atas tuannya. Sekiranya seseorang itu gagal memenuhi keperluan haiwan peliharaannya itu maka ia akan menanggung dosa di atas perbuatannya, seperti tidak menyediakan makanan, tempat tinggal dan kebersihannya. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar RA, sabda Nabi SAW:
Maksudnya: Seorang wanita dimaksukkan kedalam neraka disebabkan seekor kucing yang ditambatnya, tidak diberi makanannya, dan tidak melepaskannya untuk mencari makanan di atas muka bumi
Riwayat Muslim (2619)
Imam Badruddin al-‘Aini menukilkan pandangan Imam al-Nawawi menyebut:
Maksdunya: Dan diwajibkan untuk memberi nafkah kepada haiwan di atas penjagaannya
(Lihat ‘Umdah al-Qari Syarh Sahih al-Bukhari, 15/198)
Berbalik kepada persoalan yang diajukan, tanggungjawab dalam menjaga kebajikan haiwan adalah salah satu perkara yang perlu dilakukan oleh penjaganya, terutamanya dalam menjaga kebersihan sehingga tidak mengganggu jiran tetangga yang lain. Dalam hal ini, keharmonian jiran tetangga merupakan perkara yang sangat penting dan perlu diberi perhatian oleh setiap umat Islam. Baginda Nabi SAW memberi amaran kepada umatnya bahawa tidak akan dimasukkan ke dalam syurga kepada sesiapa yang melakukan sesuatu perkara sehingga mengganggu jiran tetangganya.
Ini jelas seperti mana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
Maksudnya: Tidak akan masuk syurga bagi seseorang itu apabila jirannya tidak merasa aman dengan gangguannya
Riwayat Muslim (46)
Nabi SAW menasihatkan para sahabatnya supaya berbuat baik kepada jirannya kerana sikap dan keperibadian seorang muslim yang sejati itu adalah mereka yang sentiasa berbuat baik kepada jiran tetangganya. Ini sepertimana sabda Nabi SAW, hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA:
Maksudnya: Dan jadilah jiran yang baik kepada jiran kamu, maka kamu akan menjadi Muslim sejati
Riwayat Ibnu Majah (4357)
Kesimpulan
Sebagai kesimpulan, berdasarkan kepada persoalan yang diajukan di atas serta nas yang diberikan, pada asalnya sunat untuk memberi makanan kepada kucing jalanan selagi mana tidak mengganggu ketenteraman awam.
Justeru, keutamaan wajib diberi dengan berpandukan keadaan ditempatnya, sekiranya dengan memberi makanan tersebut akan mengganggu dan menyusahkan jiran tetangga disebabkan najis atau bau yang tidak menyenangkan, maka perbuatan memberi makan itu adalah tidak digalakkan bagi menjamin keharmonian hubungan antara jiran.
Sebaiknya kebijaksanaan dalam mempertimbangkan kaedah yang terbaik bagi mendapat dua kebaikan, iaitu kebaikan dalam menjaga hubungan di antara jiran dan juga kebaikan dengan memberi makan kepada kucing jalanan
Wallahu’alam
Sumber : Mufti Wilayah Persekutuan |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Mendahulukan kemaslahatan masyarakat la selagi tak.menzalimi haiwan...apa pusing pusing bust kenyataan pada perkara yg mudah camni..?
anak jiran sebelah penthouse aku yg umur setahun setengah pun tahu.... |
|
|
|
|
|
|
|
stingerpie replied at 1-12-2020 08:11 AM
Mendahulukan kemaslahatan masyarakat la selagi tak.menzalimi haiwan...apa pusing pusing bust kenyata ...
Masalahnya puak yg claim syg kucing ni tak boleh terima kenyataan
Aku sampai left group kucing
Pasal aku share benda2 gini
Sbelum ni dr maza ada dah jugak cakap pasal ni |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah nama kucing jalanan tu suka hati la kau nk bg makan pun... iols pun mmg ada jah simpan kibbles dalam kereta utk kucing jalanan.... tapi kalau dh setiap hari pagi petang siang malam kau bg makan pd kucing tepi2 jalan rumah kau pulaktu kucing yg sama jah lepastu kau claim tu kucing jalanan mmg bangang la namanya....
iols plg x suka kucing jantan suka kencing merata |
|
|
|
|
|
|
|
depresio replied at 1-12-2020 09:08 AM
Masalahnya puak yg claim syg kucing ni tak boleh terima kenyataan
Aku sampai left group kucing
...
Disini pun dikalangan kita ada sekor 'mak kucing', kalau berkabung, kita paling lama pun yg dibenarkan agama yaitu maybe few days utk mak ayah dan bagi isteri yg kematian suami edah few mths...tapi yg ini kucing jalanannya mati dah masuk setahun..masih emo emo...macam aku nak humban dlm gaung balik pulau....
@noor |
|
|
|
|
|
|
|
samela mcm ko tu dah berkubur nick stinger yg ni buat plak nick baru stinger. tak penat ke wei buat email banyak2 semata2 nak berporum
|
|
|
|
|
|
|
|
annehuda replied at 1-12-2020 09:23 AM
samela mcm ko tu dah berkubur nick stinger yg ni buat plak nick baru stinger. tak penat ke wei bu ...
PA aku waktu pandemik ni banyak terbongkah dari buat kerja....benda benda bodoh ini la dia buatkan bosnya...
Kau apa tahu?
Anyway apa kena mengenanya aku bertukar nick macam bertukar panty tiap hari dgn isu yg sedang kita bincangkan skg ini...
Kau ni memang cats lover kewww?
Can i hear you purring?
Meooowwwww
Kehkejkehkeh |
|
|
|
|
|
|
|
dlm group kucing yg aku join tu, tak blh ko tegur sikit stok stok yg bela kucing tp dibiar berkeliaran sana sini mcm kucing terbiar. berak kencing merata. Sat lagi keluar fatwa bumi ni bumi Allah. Ko nak bela kucing kumpul pahala ujung ujung dpt dosa sebab sakitkan hati jiran tetangga. aku pun bela kucing gak, tp kucing aku tak pernah berak merata. derang ada litterbox dlm rumah. kucing2 aku keluar rumah dgn kita org. takdenya kami biarkan derang rayau sana sini. aku takut byk org gila dlm society kita. karang ada yg kena simbah air panas, kena bunuh dgn org vietnam. so kesimpulannya ko nak bela babi ke,anjing ke, arnab ke, jagalah elok elok. jgn smp menyusahkan jiran tetangga
|
|
|
|
|
|
|
|
Orix replied at 1-12-2020 09:16 AM
kalau dah nama kucing jalanan tu suka hati la kau nk bg makan pun... iols pun mmg ada jah simpan kib ...
Kucing dijalan diberinya makan..sampai sanggup ke neaeby 7e utk beli magnolia milk.....satu perkara yg patut dipuji...tapi persoalan aku...kenapa anak anak dirumah kena food rationing?
@noor
Kahkahkahkahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
lagi bangang yang pencinta kucing ni
bela kucing pastu kucing dia dtg bertandang berak kencing buat calar keta kat umah orang
pastu dia aman2 buat xtau pape
geng kucing ni bila ditegur katanya, alahh keta je pun calar sikit je
alahh taik kucing je pun, kaut la buang
dasar bangang otak rosak terhidu bau taik kucing masing2
|
|
|
|
|
|
|
|
aku mmg bengang dgn tuan kucing area perumahan kita org ni. dahlah dok apartment. ko biar kucing ko berak kencing merata. keluar rumah terpijak tahi kucing. bila ditegur, katanya bumi ni bumi Allah. mmglah bumi Allah, tp bukan maksudnya ko blh buat sesuka hati hidup takde peraturan. aku pun bela kucing, tp takdenya aku biar kucing berak merata sana sini. kucing aku lagi pandai senang di ajar berak dlm litterbox dari manusia manusia bebal bahalol yg bela kucing tp tak reti nak ajar kucing membuang dlm litterbox. aku dah geram sgt, last week aku dah buat polis report psl kucing anjing belaan jiran2 yg dibiar sana sini takde kawalan. nanti pihak management akan panggil DBKL dtg angkut semua. aku dah tak tahan dgn perangai derang .klu boleh aku nak minta DBKL saman setan setan ni semua.
|
|
|
|
|
|
|
|
Peterpan17 replied at 1-12-2020 09:51 AM
aku mmg bengang dgn tuan kucing area perumahan kita org ni. dahlah dok apartment. ko biar kucing k ...
The only reason aku bela ragdolls adalah disebabkan kecedikannya......macam tuannya juga...social interactions dgn jiran jiran sebelah very excellent..in fact seperti tuannya tiap hujung minggu depa berdua akan aku lepaskan buat rounds keliling estate utk bagi tazkirah pada alleycats yg banyak diluar kawasan landed penthouse aku....
Sekian |
|
|
|
|
|
|
|
itu je alasan puak2 buta hati ni
konon bumi Allah tu mmg la sume orang tahu
yg org xnk tahu tu keja nk bersihkan taik n kencing kucing dia tu
dengan bau mcm zoo lagi
xde otak betul golongan2 pencinta kucing tahap jumud cmtu
|
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 1-12-2020 09:44 AM
lagi bangang yang pencinta kucing ni
bela kucing pastu kucing dia dtg bertandang berak kencing bu ...
Lepas kaut taik kucing tu letak depan rumah dia. |
|
|
|
|
|
|
|
ambik taik kucing tu longgok depan rumah dia.......syg kucing sgt |
|
|
|
|
|
|
|
dah jadi keje lak pencacai angkat najis
hahahahahhaha
|
|
|
|
|
|
|
|
amboi!! siap bg takzirah lagi. dasat!!
|
|
|
|
|
|
|
|
itu yg aku ckp, ko nak kutip pahala. tp tanpa disedari ko kutip dosa. padanlah muka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmg makan hati berjiran dgn pencinta kucing yg xpandai bela kucing |
|
|
|
|
|
|
|
kat apartment aku ada ramai bela kucing walaupun house rule takleh..
ada 1 kucing tu, dia boleh berlegar2 naik turun aras tingkat dia...pastu mengiau depan pintu rumah orang...berapa kali orang update tanya kucing spe...dh kena bagi makan sebab nampak lapar...yg lg teruk kadang2 kucing tu g kencing depan rumah orang, berak kat tangga..berbuih mulut tegur, tak jadi apa pun
lagi 1, ada kucing selamba lepak dekat batu sebelah balkoni tingkat 22...rasanya tuan kucing tak tutup pintu sliding sampai kucing melepak situ...kalau jatuh tu memang k.o la kucing tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|